Antara Alasan Mengapa Teman Lelaki Anda Lambat Membalas Text Mesej.

 

Sudah kebiasaan wanita lebih drama daripada lelaki. Dan wanita lebih gemar menulis ayat atau text mesej yang lebih panjang daripada lelaki. Hanya kerana wanita lebih peka dengan perasaan teman lelaki mereka, ini bakal membuatkan lelaki rimas untuk membaca text mesej yang panjang tersebut.

Kadang-kala mereka mudah sahaja untuk memberi respond dan membalas dengan lebih pantas daripada kebiasaan. Tetapi, kadang-kala juga lelaki ini sunyi sepi berbicara. Khabar berita pun tidak lagi dengar, hidup atau mati sudah tentu wanita itu sendiri tidak tahu.



Lelaki sering membuatkan wanita tertanya-tanya, dan lama kelamaan pasti membuat andaian negatif. Jadi, jom baca apakah alasan lelaki yang sering mengambil masa yang lama untuk membalas mesej?..

1. Bergantung pada situasi dan keadaan.

“Tengok la kalau ada mood, baru nak respond”

“Bergantung juga kalau masa tu tengah sibuk kerja atau lepak dengan kawan-kawan, kadang-kadang dah baca, tapi terlupa nak reply”

“Dah kalau masa tu dalam toilet, phone ada kat tangan, takkan nak reply kot?”

“Kalau masa tu tengah gaduh, memang ambil masa nak reply, sebab nak bagi dia ruang untuk tak nak tambahkan atau keruhkan keadaan”



2. Bergantung pada emosi.

Lelaki juga sebenarnya beremosi, jika mereka tidak tunjuk secara terangan atau bersemuka, sudah pasti melalui perbuatan. Wanita yang terlalu peka dengan perasaan orang sekeliling, pasti tahu jika teman lelaki mereka berubah nada suara atau hanya dengan mimik muka sahaja.

Jadi cuba lihat dengan cara menghantar text mesej, bagaimana mereka reply?

“Tengok lah, kadang-kadang ambil masa sehari”

“Kalau dah merajuk, lagi suka tidur, jadi dia kena tahu aku suka tidur lama”



3. Bergantung pada siapa yang memberi text mesej.

Wanita akan merasakan, jika mereka adalah teman wanita, pasti si lelaki akan memberi respond yang pantas. Ia benar, tetapi masih juga bergantung pada situasi. Ada sebahagian daripada mereka teruja apabila mendapat text mesej daripada teman wanita di awal perkenalan.

Jika sudah lama menjalinkan hubungan, bergantung pula pada mood mereka.

Mudah sahaja, jika terdapat keraguan di hati, tidak perlu anda menunggu text mesej daripada mereka, hubungi mereka terus!



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,418 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen