5 Keseronokan Apabila Menjalinkan Hubungan Cinta Bersama Seorang Duda.

 

Siapa kata janda sahaja yang menjadi pilihan ramai, duda pun menjadi pilihan anak-anak dara masa kini. Bukan hanya mempunyai kemahiran yang tersendiri, mereka ini juga dikatakan mampu mencairkan hati gadis-gadis dengan sifat gentleman yang mereka anda. Duda ini terbahagi kepada dua iaitu duda yang bercerai hidup dengan pasangan lalu dan duda yang bercerai mati. Apa-apa pun duda-duda ini dikatakan lebih memahami wanita. Bukan itu sahaja, kesanggupan mereka melayani kerenah wanita yang manja dan banyak ragam membuat mereka ini lebih disukai. Mari kita lihat keseronokan yang diperoleh apabila bercinta dengan duda ini.



1. Lebih matang.

Apa yang menarik sangat duda ini? Sudah pasti sifat matang mereka yang menjadi pilihan para wanita. Mereka ini dikatakan lebih matang dalam membuat keputusan dan mengendalikan permasalahan dalam perhubungan. Wanita-wanita juga mudah bergantung pada dirinya terutama bagi mereka yang tidak berdikari. Bukan itu sahaja, sifat matang mereka ini begitu terserlah sehinggakan wanita di sisi mereka akan mudah terasa selamat.

2. Banyak pengalaman.

Janda dan duda ini tidak banyak bezanya. Kedua-dua mereka ini mempunyai pengalaman. Sudah pasti mereka ini dipilih berdasarkan pengalaman yang mereka miliki. Bukan hanya pengalaman dalam alam rumah tangga, duda juga memiliki pengalaman dalam mendidik dan menjaga anak-anak. Jadi sifat penyayang mereka ini akan begitu terserlah.

3. Lebih berhati-hati.

Mereka ini juga dikatakan lebih berhati-hati dalam menjalinkan hubungan cinta. Terutama dalam melayani anda. Hal ini kerana, si dia tidak mahu anda terluka. Bagi dirinya, anda tidak layak terluka untuk satu perkara yang remeh. Dan apa yang lebih membahagiakan adalah, si dia akan berhati-hati dengan kelakuannya. Ini adalah demi mengelakkan, perkara yang berlaku pada hubungan lama terjadi kembali.


4. Tidak takut komitmen.

Biasanya duda ini sudah biasa terikat dengan komitmen. Jika mereka mempunyai anak, komitmen terhadap anaknya akan dijaga sebetulnya. Bukan itu sahaja, hubungan yang lalu juga si dia pernah memberi komitmen yang sepenuhnya. Jadi apabila anda mengajaknya untuk ke satu hubungan yang serius, pasti mereka tidak akan cepat melatah atau memberi keputusan yang lama.

5. Pasangan yang tepat sekiranya tidak bersalah dalam hubungan lalu.

Apabila anda mengetahui akan permasalahannya pada hubungan lalu dan anda mendapati dirinya tidak bersalah. Ini bermakna si dia adalah pasangan yang tepat buat anda. Mengapa? hal ini kerana, si dia pasti akan menjaga anda berserta hubungan dengan sebaik-baiknya. Dan berharap hubungan yang dibina itu akan terus kekal selamanya. Tapi itu bagi duda yang bercerai hidup, manakala duda yang bercerai mati pula. Si dia memang pilihan yang tepat.

Tidak kisah lah duda, janda, anak dara atau teruna sekali pun, masing-masing mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Dan keistimewaan itu hanya boleh dirasai bagai sesiapa yang menyasarkan mana satu pilihan mereka.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,823 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen