5 Perkara Ini Jika Dilakukan, Boleh Menyebabkan Orang Tua Terfikir Untuk Menjadikan Anda Sebagai Menantu.

 

Banyak yang membuat perkongsian dalam kesukaran mencari persefahaman bersama ibu bapa mertua apabila mereka ini dikatakan bukan calon menantu pilihan. Calon menantu pilihan adalah seseorang yang dapat menambat hati kedua orang tua pasangan. Mereka ini boleh dikatakan mempunyai sifat-sifat yang sangat menyenangkan orang tua. Ia bukanlah seorang yang begitu sempurna dengan kecantikan fizikal tetapi ia lebih memiliki sifat sebagai Muslimah sejati. Bagaimanapun tidak sukar untuk menambat hati orang tua agar terfikir memilih anda sebagai calon menantu pilihan mereka. Mari lakukan lima perkara ini.



1. Personaliti yang menarik.

Personaliti diri adalah perkara yang memainkan peranan penting. Di mana ia adalah pandangan pertama apabila orang tua melihat anda. sebagai contoh cara anda berpakaian serta bergaul akan orang di sekeliling adalah perkara yang akan dilihat dahulu sebelum mendekati anda. Apa yang lebih jelas, mereka ini lebih sukakan seseorang yang menutup aurat dengan sempurna dan penuh kesopanan. Di mana mereka beranggapan, seseorang seperti ini akan menyejukkan pandangan mata mereka di samping turut mampu membimbing anak mereka.

2. Ramah tetapi tidak meninggi diri.

Seperti yang semua orang tahu, orang tua ini biasanya akan begitu ramah dengan semua orang. Lagi-lagi jika anda dilihat berpotensi sebagai calon menantu mereka, makin ramah lah dirinya terhadap anda. Pasti mereka akan menggunakan kesempatan ini untuk menanyakan pelbagai soalan kepada anda. Dari situ lah mereka memberi isyarat untuk mendekati anda. Namun, anda perlu sedar batasnya. Di mana dalam melayan kerenah mereka ini anda tidak boleh meninggi diri. Jika tidak anda pasti akan direject.

3. Ringan tulang di dapur.

Bab-bab kemahiran anda di dapur juga akan diperhatikan oleh mereka ini. Mereka akan mudah mengenali anda sekiranya anda seorang yang kerap ke dapur ataupun tidak. Bagaimana caranya? Hanya dengan melihat anda melakukan kerja di dapur sahaja, mereka sudah tahu anda cekap ataupun tidak. Itu belum lagi jika melihat anda memasak pasti tersenyum mereka melihat anda. Tetapi jika anda tidak begitu mahir tidak mengapa. Anda hanya perlu ringan tulang untuk membantu dirinya di dapur. Itu juga sudah memadai.


4. Boleh bicara bab agama.

Siapa tidak mahu bermenantukan seorang yang soleh dan solehah. Pasti semua ibu bapa mahu menantu mereka sebegitu. Bukan hanya sebagai penyejuk di mata mereka tetapi juga penyejuk buat anak mereka. Orang tua ini tidak memandang sehebat mana ilmu agama anda, tetapi lebih memandang sejauh mana pengetahuan anda mengenai ilmu agama. Itu belum lagi jika anda boleh turut serta membicarakan ilmu agama. Melalui cara itu, mereka dapat mengenali sedalam mana ilmu agama yang ada pada diri anda.

5. Pandai menyesuaikan diri dengan situasi dan menghormati semua pihak.

Hidup secara bermasyarakat ini sudah pasti mempunyai pelbagai situasi yang akan dihadapi. Di mana, masyarakat kita mempunyai pelbagai majlis yang mampu mengeratkan hubungan silaturahim. Jika anda kerap melibatkan diri dalam majlis-majlis keramaian seperti ini sudah pasti tingkah anda akan menjadi tontonan mereka. Lebih-lebih lagi jika anda pandai menyesuaikan diri dengan situasi yang berlaku. Bukan itu sahaja, dalam kesibukan itu anda masih mampu menjaga adab anda, sudah pasti anda akan menjadi pilihan mereka yang mempunyai anak sebaya anda.

Sebenarnya tidak susah untuk menambat hati orang tua ini. Ia semuanya berbalik kepada kesediaan kita untuk berumah tangga. Mereka ini sebenarnya akan melihat serta memerhatikan tingkah laku kita, sama ada telah bersedia untuk menjadi seorang isteri atau suami untuk anaknya. Jika semua ciri itu lengkap di matanya, tidak susah pun untuk mereka memilih anda sebagai calon menantu pilihannya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,038 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen