5 Tips Cara Bercinta Bagi Wanita Yang Berumur 30-an.

 

Siapa kata wanita yang sudah berumur 30an ini sudah terlalu tua untuk bercinta? Adakah anda fikir apabila sudah masuk ke alam 30an ini anda sudah tidak mampu untuk bersaing dengan anak-anak muda dalam kegairahan untuk mencari cinta? Anda sebenarnya silap. Jika anda masih belum berkahwin pada umur ini, anda sangat membimbangkan. Hal ini kerana, anda telah melepasi waktu yang terbaik untuk berkahwin. Tetapi jangan risau. Anda masih lagi mampu mencari cinta pada ketika ini dengan menggunakan beberapa tips ini. Mari ikuti.



1. Tumpukan pada peribadi anda.

Apabila sudah melalui umur 30an ini, anda perlu lihat peribadi anda. Kadang-kadang pada ketika ini, anda sudah mula tidak berhias untuk kelihatan menarik. Tidak pun anda sudah mula mengabaikan penjagaan penampilan anda. Anda tidak perlu mengubah penampilan anda untuk kelihatan muda tetapi timbulkan kecantikan semula jadi anda. Jangan sorokkannya. Apa kata anda membuat diri anda kelihatan kemas dan sedikit anggun. Tidak lupa juga letakkan sedikit pemanis wajah seperti lipstik dan pemerah pipi agar anda kelihatan segar. Tetapi jangan berlebihan pula.

2. Yakin anda mampu.

Ramai yang akan mula tidak yakin diri apabila umur mereka sudah mencecah 30an ini. Anda yang berputus asa dan sudah tidak mahu mencari lagi. Anda tidak seharusnya berputus asa dulu. Anda masih banyak lagi masa untuk mencari pasangan anda. Tak akan anda ingin hidup secara bersendirian hingga ke akhirnya. Jadi, yakin dan percaya diri bahawa anda mampu melakukannya. Di samping berjaya membuat hubungan anda sama hangat dengan pasangan-pasangan yang muda.

3. Jangan terburu-buru.

Anda perlu ingat bahawa anda sudah mencecah 30an dan tidak mustahil apabila anda melibatkan diri dalam perhubungan, anda akan menjadi seorang yang terburu-buru. Jangan bagi pasangan anda nampak sikap terburu-buru dan terdesak anda. Kalau boleh sentiasa dalam keadaan tenang agar si dia tidak takut akan anda. Cuba anda bertenang sambil mengikut setiap rentak perhubungan itu. Takut-takut kalau anda begitu terburu-buru, hubungan itu tidak akan menjadi pula.


4. Jangan terlalu memandang serong.

Ketika umur anda ini pasti anda telah menemui pelbagai jenis orang. Bukan itu sahaja, anda juga hampir mampu membaca setiap tingkah laku seseorang itu. Tetapi anda tidak boleh membuat penilaian terlalu awal. Tidak semua orang mempunyai tingkah laku yang sama. Buangkan sifat memandang serong terhadap seseorang dan cuba fikirkan perkara positif terhadap orang itu. Ia bukan apa, cuba berkenalan secara adil terhadap dirinya. Bukan hanya berdasarkan penilaian dan rumusan pandangan anda.

5. Jelaskan jangkaan.

Apabila anda telah dapat melihat hala tuju hubungan anda, apa kata anda mula nyatakan hasrat anda. Mula jelaskan jangkaan perhubungan anda. Tetapi jangan membiarkan hubungan itu terlalu lama. Lagi cepat anda mulakan lagi cepat anda mengetahui isi hatinya. Ia adalah hanya kerana ingin membuat anda memfokuskan hubungan itu atau anda sepatutnya beralih arah dari hubungan itu.

Kesimpulannya, jangan pernah takut untuk mencari pasangan dan bercinta pada ketika umur sebegini. Mungkin pada umur ini adalah umur yang tepat untuk anda mendapat jodoh kerana telah memiliki kerjaya yang hebat. Jangan pernah menyerah kalah dan terus berjuang untuk mencari jodoh kerana jodoh tidak pernah salah alamat.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 447,045 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen