Kisah Wanita Yang Mempunyai Suami, Tetapi Cara Hidup Seperti Tiada Suami.

 

Jika anak muda tahu kisah sebenar perkahwinan yang terlalu banyak liku-liku pahit yang perlu ditempuh, sudah tentu mereka takut untuk berkahwin. Bukan untuk menakutkan bakal pengantin atau sesiapa sahaja yang mahu berumah tangga, tetapi ini lah realiti.



Oleh kerana itu, jika anda masih lagi bujang dan meroyan mahu berumah tangga, jangan terburu-buru mencari jodoh hanya kerana sahabat semua telah berkahwin.

Jom ikuti kisah dari Abu Hurairah Asifa ini.

“Maksud hidup tanpa suami,

Bukan bermaksud puan pergi tinggalkan suami.

Derhaka dengan suami.

Tak dengar cakap suami.

Abaikan suami.

Jangan!



Suami tetaplah suami. Dia adalah sumber rahmat pada seorang isteri. Suami adalah jambatan isteri menuju Tuhan setiap hari...

Yang di maksudkan adalah jangan disakiti hidup atas apa yang telah suami lakukan...

Jangan terus berdiam, terus bersedih, terus tersisih, terus sembunyi hingga tak sedar semakin hari hati semakin mati...

Kesannya nanti bila hati mati, maka syaitan dan nafsu yang ambil alih dan mengisi kekosongan hidup dengan kepuasan yang akan lebih menyakiti...

Maka, jika suami menyakiti, kembalikan sakit itu pada Tuhan setiap hari...



Minta Allah selesaikan masalah rumahtangga kita ni...

Doakan kesalahan suami pada Tuhan. Minta lah Tuhan didik dan pesankan sesuatu pada suami. Sebab itu saja kekuatan yang ada pada seorang isteri"

"Kepada suami,

Usahlah melulu menghambur komen yang berbau.

Baca satu-satu...

Hadam dan jelaskan dan bertindaklah terhadap apa yang berlaku...

Jangan biarkan isteri selesaikan masalah sendirian tanpamu...

Bersyukurlah isteri masih mahu kekal berdiri dan membaiki, dari terus pergi mencari teman lelaki dari suami!!”

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 385,195 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen