5 Perubahan Drastik Kehidupan Wanita Setelah Berkahwin, Yang Lelaki Wajib Tahu.

 

Kasih sayang terhadap wanita berterusan kerana sejak dari kecil dimanjakan oleh ibu bapa malah diambil berat oleh adik-beradik yang lain. Daripada digelar si gadis sehingga wanita apabila telah dewasa, amanah yang dijaga oleh ibu bapa ini, tidak lekang kasih sayangnya.

Oleh sebab itu, seorang lelaki yang ingin mengambil seseorang wanita sebagai bakal isteri, perlu menghargai wanita, kerana perubahan yang terlalu drastik setelah berkahwin kadang-kala membuatkan wanita menjadi terlalu sensitif.



Jom wahai lelaki, ketahui apakah perubahan tersebut.

1. Mempunyai seorang suami untuk dijaga.

Jika sebelum ini, si wanita hanya mempunyai ibu bapa dan adik beradik untuk dijaga, tetapi kali ini seorang lelaki yang dicintai yang hanya mereka kenal 50% sebelum bercinta pula mereka perlu mengambil berat.

Ini adalah hal dunia dan akhirat, kerana syurga isteri adalah di bawah tapak kaki suami. Jadi, jangan lah meletakkan beban yang terlalu tinggi pada si isteri sehingga mereka menjadi tengkorak hidup.



2. Bangun pagi lebih awal.

Apabila sudah memiliki seorang suami untuk dijaga, sudah tentu si isteri tidak cukup tidur untuk menguruskan rumah tangga. Segala keperluan suami perlu dilaksanakan termasuk makan dan minum. Jika tidak menyediakan breakfast, khuatir si lelaki akan mengamuk pula.

3. Perlu meminta izin daripada suami.

Ternyata, perubahan yang terlalu drastik adalah segala perkara atau perbuatan perlu lah dengan keizinan si suami. Jika sebelum ini, semasa single sudah tentu si wanita boleh melakukan apa sahaja, termasuk shopping apa sahaja menggunakan duit sendiri.



Jika dengan ibu bapa sendiri “Beli lahhh, pakai duit sendiri kan…”

Tetapi kini “Bang, saya boleh beli ni tak?”, “Bang, membazir tak kalau beli ni?”, “Bang boleh tak….”

4. Fizikal badan yang berubah.

Sudah kebiasaan apabila pasangan yang telah berkahwin, fizikal mereka akan berubah, sama ada menjadi lebih kurus atau berisi. Tetapi kebanyakan daripada mereka, sudah tentu berisi kerana bahagia. Terutama yang telah memiliki anak, sudah tentu badan wanita tidak lagi seperti di awal perkenalan.

Jadi, lelaki perlu lah bersyukur kerana isteri anda mampu untuk melahirkan zuriat anda, jangan hanya pandang pada fizikal tetapi bukan hati.



5. Si suami menjadi BFF.

Lelaki perlu tahu, setelah berkahwin, anda lah yang menjadi Best Friend Forever (BFF) bagi si isteri. Ini kerana segala yang dilakukan akan di-report pada suami, tidak lagi BFF mereka yang sama jantina. Anda jangan pula ingat segala aktiviti yang kalian lakukan, wanita ini mengadu pada sahabat baik mereka.

Tidak. Hal rumah tangga adalah privasi anda berdua, tidak semua wanita akan mengadu hal rumah tangga pada sahabat baik. Mereka hanya pendam dan tidak mahu berkata-kata, khuatir anda akan terasa dan menjadi isteri derhaka.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 385,539 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen