5 Adab Tentang Text Mesej Yang Mampu Merosakkan Hubungan Anda Berdua.

 

Zaman millennial adalah zaman di mana, anak muda menggunakan telefon bimbit untuk berhubung dengan sesiapa sahaja termasuk orang yang tercinta.

Tetapi mereka tidak tahu, terdapat juga adab-adab untuk menghantar text mesej pada sang kekasih, supaya pasangan tidak berkecil hati dan membawa diri.

Memang benar, telefon bimbit lebih memudahkan pengguna untuk menghubungi sesiapa sahaja, tetapi tidak semua perkara perlu dilakukan dengan text mesej.



Jadi jom baca antara cara atau adab yang berkaitan dengan text mesej, yang mampu untuk merosakkan hubungan kalian berdua.

1. Anda terlalu berharap semua perkara penting dapat diselesaikan dengan text mesej.

Jika anda merasakan perkara penting dapat diselesaikan dengan text mesej, anda silap. Tidak kira text mesej, whatsapp atau dengan call, kaedah ini tidak dapat membantu anda untuk menyelesaikan masalah.

Oleh kerana itu, segala hal penting seperti hal hati dan perasaan tidak sama diluahkan dengan cara bersemuka.



2. Anda menyangka dengan text mesej dapat menilai hubungan anda berdua.

Anda merasakan, jika si dia tidak mesej anda satu hari bermakna si dia sudah melupakan anda. Andaian ini juga silap. Ini juga seolah-olah andaian yang negatif atau tidak percaya pada pasangan. Jangan hanya kerana text mesej, anda berdua bergaduh.

3. Anda atau pasangan sering text mesej dengan rakan-rakan, ketika dating.

Tidak tahu mengapa zaman sekarang, mereka lebih mementingkan telefon bimbit berbanding dengan seseorang yang berada di depan mata. Dengan cara ini, hubungan anda sebenarnya tidak sihat dan bakal berantakan. Komunikasi dan bertentangan mata adalah sangat penting untuk mengekalkan hubungan.



4. Anda terlalu perfectionist.

Oleh kerana anda adalah seorang perfectionist, jadi semua perkara anda mahu kan yang terbaik. Walaupun text mesej si dia, ada sahaja salah yang anda lihat. Anda sedaya-upaya mahukan si dia respon dengan jawapan yang tersusun seperti karangan di sekolah.

Ingat, ini bukan ujian di sekolah. Cukup sekadar, jika anda berdua faham kandungan mesej tersebut.

5. Anda membaca text mesej si dia tanpa izin.

Perkara ini terlalu drastik untuk dilakukan, tetapi siapa tahu jika si dia memang seorang yang berani. Menelek telefon bimbit si dia, tanpa si dia sedar adalah kelakuan yang agak biadap. Jika anda sudah terbiasa lakukan pada orang lain, sebaik-baiknya, jangan pula lakukan pada si dia.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,130 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen