Uztaz Ebit Lew Memesan, Jom Ringankan Bebanan Pasangan Pada Bulan Ramadhan Ini.

 

Bulan Ramadhan adalah bulan kasih sayang. Ustaz Ebit memesan, maafkan lah pasangan kita andai banyak kesilapannya, dan ringankan lah bebanan mereka. Oleh itu, bulan Ramadhan yang sentiasa dinantikan ini, mari lah kita berdoa, Insya Allah dimakbulkan.



Jom baca perkongsian Ustaz Ebit Lew…

“Abang,apa doa abang dalam Ramadhan ini?” tanya bidadari saya masa Ta'lim..

“Abang doakan syurga Firdaus buat bidadari abang. Abang nak pimpin tangan sayang masuk syurga. Abang doakan bidadari abang sihat dan bahagia sentiasa. Doa bidadari abang sentiasa diampunkan Allah. Doa sentiasa cantik dan menawan sampai syurga “

Saya fikir manalah datang kekuatan seorang wanita. Hebatkan..

Allah yang beri kekuatan itu dari hati yang ikhlas. Masa saya duduk dengan seorang pakcik umur lebih 60 tahun berdakwah jauh. Beliau angkat tangan nak masak. 2 hari beliau nak masak. Biasa kami gilir-gilir masak.



Tapi pakcik tadi nak masak lagi dan kemas-kemas semua dengan dibantu 2 anak muda tapi agak nakal sikit. Tengah hari masa masak. Dengar orang menangis dekat bilik air. Pakcik tadi menangis masa basuh baju. Kuat pakcik tadi menangis. Saya peluk pakcik tadi.

Dia cakap..

"Ustaz, Penat masak. Penat basuh baju. Susahnya dekat sini. Saya berdosa. Dosa banyak pada isteri saya. Lebih 30 tahun isteri saya masak. Basuh baju. Kemas rumah. Besarkan anak-anak. Urus anak-anak.Takde sehari pun berehat"

"Ramadhan lagi lah. Tak sempat tidur. Dari pagi siapkan sahur. Asyik terjaga-jaga. Risau suami dan anak-anak tak sahur. Ustaz saya jarang tolong isteri saya. Tidak cakap terima kasih. Ya Allah apa saya dah buat ustaz. Anak saya semuanya dah besar-besar dah..terima kasih Allah beri saya isteri yang sangat baik"



Begitulah abang. Allah sayang abang..

Ramadhan ini bulan kasih sayang. Rahmat Allah. Ringankan beban pekerja kita dapat pahala. Inikan beban isteri. Beban suami. Bantu pasangan dalam Ramadhan ini. Makan berjemaah dan saling suap menyuap dengan rasa sayang. Maafkan pasangan. Masa yang paling berharga ialah saat kita menghargai keluarga yang kita sayangi dan cintai.

Jom jaga solat awal waktu berjemaah dan bantu isteri dapat solat awal waktu. Solat tarawih di masjid. Tolong juga jaga anak supaya isteri dapat tarawih walau di rumah. Sama-sama atau gilir-gilir atau sekali sekala bantu siapkan sahur dan berbuka. Selalulah doakan isteri kita.

Doa itu ubat dan doa itu melapangkan membahagiakan. Dengari mereka bila mereka memerlukan. Barangsiapa tak mengasihi, dia tak dikasihi.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 383,722 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen