4 Cara Anda Perlu Lakukan Untuk Tangani Masalah Perbezaan Pendapat Bersama Pasangan.

 

Tidak sah satu pasangan itu tidak bergaduh hanya kerana pendapat mereka ini tidak sama. Dan pergaduhan itu semakin besar apabila masing-masing cuba untuk mempertahankan pendapat masing-masing. Walaupun setiap pasangan itu tahu bahawa pendapat yang dikemukakan itu ada betulnya juga. Tetapi demi air muka yang harus dijaga, mereka tetapi menidakkan. Sampai bila harus mengalami perbezaan pendapat? Dan sampai bila juga anda harus bergaduh mengenai hal seperti itu. Apa kata anda cuba lakukan empat cara ini apabila anda dan pasangan tidak mempunyai persamaan pendapat. Jom ikuti caranya.



1. Berkompromi.

Perkara yang paling utama, sudah pastilah anda dan pasangan perlu saling berkompromi. Ia adalah untuk membincangkan yang mana satu perkara yang betul dan mana yang tidak. Dan berkompromi ini juga biasanya akan menghasilkan satu keputusan yang baik. Hal ini kerana, ia dihasilkan oleh dua orang yang berbincang.

2. Memahami.

Apabila cuba mengelakkan perbezaan pendapat, sudah pasti anda dan pasangan perlu memahami mengapa si dia mengambil keputusan itu. Bukanya terus membantah dan membangkang keputusan yang diambil itu. Cuba memahami setiap satu yang dijelaskan dengan sebaiknya.


3. Ubah persepsi.

Cuba anda letakkan diri anda pada dirinya. Adakah anda akan mengambil keputusan itu ataupun sebaliknya. Dan ketika itu adakah persepsi anda berubah ataupun anda masih berdegil. Kadang apabila kita melakukan seperti ini, kita akan lebih mudah untuk menerima pandangan mereka. Anda bukan sahaja mudah mengalah malah lebih mudah untuk menerima pandangan daripada pihak lain.


4. Dengar.

Biasanya masalah perbezaan pendapat ini berlaku apabila anda kurang mendengar apa yang pasangan anda ingin sampaikan. Hal ini kerana, anda merasakan anda sudah membuat pilihan yang betul. Tetapi cuba anda dengarkan setiap penjelasan yang diberikan dengan sebaiknya, pasti akan dapat membezakan keputusan anda dan juga dirinya.

Perbezaan pendapat ini biasanya boleh di selesaikan dengan elok tanpa pergaduhan yang panjang. tetapi biasanya setiap pasangan mempunyai ego yang tersendiri. Sebab itu mereka memilih untuk terus mempertahankan pendapat mereka.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,077 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen