5 Tanda Anda Sedang Menjalinkan Cinta Dengan Suami Atau Isteri Orang.

 

Bercinta itu perkara yang menyeronokkan. Kalau boleh seseorang yang sedang dilamun cinta itu ingin memberitahu kepada dunia bahawa mereka ini sedang berbahagia melayari perhubungan percintaan. Tetapi jika tidak dapat memberitahu satu dunia cukuplah sekadar rakan-rakan terdekat berserta ahli keluarga tahu bahawa diri ini sudah mempunyai calon. Tetapi bagaimana pula jika pasangan menghalang untuk menghebohkan hubungan tersebut? Pasti ada yang tidak kena dan timbul rasa sangsi bukan. Adakah pasangan anda sudah dimiliki oleh orang lain secara sah? Mari kita ketahui, dengan siapa yang sedang anda jalani hubungan? Bujang atau sudah berkahwin?



1. Menghalang anda mendekati rakan-rakannya.

Rakan-rakan di sekelilingnya biasanya banyak mengetahui rahsia yang tersimpan oleh pasangan anda terutama sekali status dirinya. Jadi, pasangan anda menghalang diri anda untuk mendekati dirinya demi rahsianya tersimpan dengan rapi dan tidak terbongkar. Bukan itu sahaja, alasan menyatakan si dia cemburu anda mendekati rakan-rakannya adalah alasan yang tidak boleh diterima pakai. Pada masa inilah anda perlu mengenali rakan-rakan dan dirinya dengan lebih mendalam.

2. Dating di tempat tersorok.

Sudah menjadi perkara biasa apabila, seseorang yang melakukan kesalahan akan menyorok di tempat yang selamat. Begitu juga dengan hubungan anda. Anda dan pasangan kerap bersama di tempat yang tidak begitu ramai orang dan kadang kala sehingga ke luar daerah hanya untuk berjumpa. Bukankah meragukan begitu? Dan yang paling kelihatan apabila anda melihat dirinya begitu ketakutan apabila anda membawanya ke pusat membeli belah. Jika tidak melakukan kesalahan untuk apa takut bukan.

3. Membawa wang tunai ke mana-mana.

Ini lagi satu taktik untuk mereka yang sudah berstatus sebagai suami atau isteri orang. Mereka ini tidak akan menggunakan kad debit atau kad kredit untuk berbelanja. Mereka lebih gemar membawa wang yang banyak di tangan demi mengelakkan anda untuk terus dikesan. Bukan itu sahaja, mereka sanggup menanggung risiko yang bahaya berbanding jika perbuatannya itu diketahui pasangannya.


4. Tidak membenarkan anda ke rumahnya.

Apabila bercinta ini, sudah pasti kita tahu di mana pasangan kita tinggal dan dengan siapa mereka tinggal. Bukan itu sahaja, kita juga kerap ke rumahnya untuk mengambil dan menghantarnya selepas membuat pertemuan. Tetapi jika terdapat halang untuk pergi ke rumahnya dengan alasan tidak suka dan tidak selesa, ini bermakna ada sesuatu yang sedang disembunyikan.

5. Menetapkan masa untuk berhubungan dengannya.

Si dia meletakkan syarat dan masa bila anda dibenarkan menghubungi dirinya? Ha! Ini satu lagi perkara yang meragukan. Sebagai pasangan kekasih, anda dan dirinya perlu saling berhubung setiap masa. Bukannya mengikut masa si dia. Jika si dia hanya membenarkan anda berhubung dengannya pada waktu pejabat dan pada jam 10 malam ke atas. Ini bermakna si dia sudah berkahwin.

Sebelum anda bersetuju menjalinkan satu perhubungan percintaan, cuba anda teliti dahulu status dan latar belakang dirinya. Bukan apa, jika terlalu banyak rahsia yang disimpan oleh pasangan anda, ditakuti mereka ini hanya mempermainkan anda sahaja. Dan ia juga untuk mengelakkan anda dari terluka.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,699 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen