5 Sebab Mengapa Anda Tidak Patut Membandingkan Pasangan Anda Dengan Orang Lain.

 

Melihat hubungan orang lain dalam keadaan yang membahagiakan sememangnya menimbulkan rasa cemburu dalam diri anda. Bukan itu sahaja, ia akan menjadi persoalan yang kerap mengapa mereka boleh bahagia dan anda tidak. Pada ketika itulah, anda akan mula membandingkan pasangan anda dengan orang lain. Anda seolah-olah ingin menjadikan pasangan anda begitu sempurna di mata anda walaupun tanpa anda sedari ia menyakitkan hati pasangan anda. Anda seolah-olah hanya mementingkan kepuasan diri anda sahaja. Apa yang penting bagi anda adalah anda merasakan bahagia jika anda memperoleh pasangan seperti itu. Mari lihat sebab anda tidak patut membandingkan pasangan anda dengan orang lain.



1. Melukakan hati.

Adakah anda tahu bahawa membandingkan seseorang dengan seseorang yang lain itu melukakan hati? Jika anda sedang melakukan itu, bermakna anda sedang melukakan hati pasangan anda. Mungkin si dia tidak menyatakan apa yang dirasainya tapi anda harus sedar akan tindakan dan kelakuannya. Gaya percakapannya juga akan mula berubah apabila anda mula melakukan hal seperti ini.

2. Kurangkan keyakinan.

Apabila anda melontarkan rasa hati anda kepada dirinya, anda akan membuat dirinya hilang keyakinan. Rasa kurang yakin pada diri bukan hanya timbul ketika berhadapan dengan anda sahaja, tetapi ia juga akan timbul apabila dirinya bersama dengan rakannya atau di pejabatnya. Tidak kah anda kasihan melihat dirinya nanti? Hal ini kerana, seseorang yang kehilangan keyakinan akan sukar untuk mendapatkannya kembali.

3. Cepat menamatkan hubungan.

Jika anda terus berkelakuan seperti ini, tidak mustahil hubungan anda akan berakhir dengan cepat. Mungkin boleh jadi juga, anda sudah terlalu kerap menukar pasangan kerana berkelakuan seperti ini. Setiap pasangan anda pasti tidak tahan dengan kelakuan anda. Anda sepatutnya menghargai seseorang itu dengan dirinya sebenar bukan cuba mengubahnya menjadi seseorang yang anda mahukan.


4. Letakkan diri anda.

Cuba anda letakkan diri anda pada dirinya. Adakah anda dapat memahami kesakitan yang dialami ataupun anda seorang yang hati batu. Di mana tidak mengendahkan apa yang orang kata mengenai anda. Pasti tidak bukan? Sedikit sebanyak pasti akan merasai kelukaan itu juga walaupun anda cuba untuk melindunginya dari dilihat oleh orang lain.

5. Mencintai dirinya bukan orang lain.

Bila anda bersedia untuk menjalinkan hubungan cinta, anda seharusnya mencintai dirinya bukan diri orang lain. Jangan pernah berangan atau beranggapan anda mampu mengubah seseorang untuk menjadi apa yang anda inginkan. Tetapi sebaliknya adalah mencintai seseorang dengan sifat semula jadi yang ada dalam dirinya.

Kesimpulannya, hubungan percintaan ini adalah di mana anda dan pasangan saling menerima dan melengkapi hubungan anda. Bukanya saling mengubah dan menukar sifat pasangan anda. Hal ini kerana, ia hanya menyukarkan anda untuk merasai gembira bukannya membuat anda rasa lebih bahagia dengan hal seperti itu.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 447,004 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen