5 Sebab Perlu Pilih Jodoh Berdasarkan Akal, Bukan Pada Hati Dan Perasaan Semata-Mata.

 

Pasangan perlu tahu perkahwinan adalah perkongsian jalan kehidupan ke alam penuaan sehingga ke akhir hayat. Oleh itu KUALITI hidup seharian amat penting sepanjang melalui proses ini. Jadi, jom baca mengapa anda perlu memilih jodoh berdasarkan akal, tetapi bukan pada hati dan perasaan…



1. Pengurusan rumah tangga dan anak- anak.

Bertimbangrasa: Jangan hanya mengharap pada si isteri untuk menguruskan anak-anak dan mengemas rumah keseorangan, si suami harus lah menolong si isteri dan bekerjasama.

Menghormati: Peranan suami dan isteri adalah berlainan, jadi anda berdua perlu saling menghormati antara satu sama lain dan jangan menjadi bebanan pada pasangan.

Toleransi: Jika si isteri tidak gemar si suami merokok. Apa yang perlu si suami lakukan? Jangan la anda merokok di depan anak-anak membuta tuli, pergi ke luar rumah atau lebih elok belajar berhenti merokok demi keluarga.



2. Ekonomi berdasarkan peningkatan taraf hidup.

Oleh kerana itu, pasangan tidak di patut membuat pinjaman untuk perkahwinan, kerana perkahwinan dan komitmen yang berpanjangan sangat berkait rapat. Oleh kerana itu, anda perlu ada simpanan sejak daripada bujang hingga lah digelar suami/isteri, kerana anda tidak tahu apa yang bakal berlaku.

Dalam jangka masa yang panjang akan berlakunya seperti perbelanjaan anak atau rawatan di hospital. Jadi anda perlu merancang dan meningkatkan taraf hidup dari semasa ke semasa.



3. Tatacara kehidupan berkeluarga yang tidak terpesong.

Sebagai muslim, pegangan agama yang tetap dan kuat akan menghasilkan keluarga yang tidak terpesong ‘aqidah dan tatacara hidup anak-anak kelak. Oleh kerana ia bukan lah sesuatu perkara yang mudah, pasangan perlu menggunakan akal untuk menilai sifat kalian berdua.

Seperti terlaksananya solat 5 waktu, tidak meminum arak, berpuasa pada bulan Ramadhan. Andai takdir anda bertemu dengan orang yang tidak berpegang kepada asas agama ini, nasihati dan bimbinglah si dia kerana jika positif perubahannya maka terima lah si dia sebagai teman hidup.



4. Cara bertindak untuk menyelesaikan masalah yang bakal dihadapi oleh keluarga anda pada masa hadapan.

Ilmu kekeluargaan sangat penting di dalam perkahwinan, oleh itu cara untuk menegur anak tidak boleh diambil ringan. Contoh situasi untuk mengajar anak pada 7 tahun, amarah dan pekikan suara ibu bapa akan membuatkan si anak tiada keyakinan diri.

Jadi, jika si anak tertumpah air, ibu bapa harus memberi arahan atau solusi untuk menyelesaikan masalah seperti mengambil kain untuk membersihkan tumpahan air tersebut. Maka, tidak lah terjadi gangguan emosi pada anak-anak kelak.

Ilmu ini lah yang akan melambangkan anda tidak mengheret segala konflik berpanjangan dan bijak menguruskan masalah.



5. Perlu membina sebuah keluarga berkasih sayang.

Jadi, apabila anda memilih jodoh berdasarkan akal, sudah tentu secara lahiriah anda mempunyai kesedaran dan ingin bertanggungjawab ke atas pasangan yang mampu melahirkan rasa cinta dan kasih sayang.

Jika, anda hanya memilih mengikut hati dan perasaan semata-mata, khuatir anda hanya dibayangi dengan perkara yang indah sahaja. Allah SWT telah berikan anda akal, supaya dapat menilai baik dan buruk.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,098 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen