Bagaimana Menghindari Kekecewaan Dalam Hubungan?

 

Apabila melibatkan diri dalam perhubungan ini pasti sukar untuk melarikan diri daripada dari rasa kecewa. Ia bukan sahaja rasa kecewa apabila ditinggalkan kekasih hati tetapi kecewa terhadap tingkah laku diri sendiri dan juga pasangan. Jadi anda harus tahu bagaimana untuk mengelakkan diri daripada kecewa yang teruk.



Mari ikuti langkah ini, jika ia ada dala perhubungan anda. Cuba perbetulkan secepat mungkin.

1. Perlu tahu apa anda mahu.

Anda perlu tahu tujuan sebenar hubungan anda. Adakah ia hanya sekadar suka-suka ataupun anda inginkan ia berakhir dengan perkahwinan. Dan adakah anda cukup yakin bahawa anda memilih pasangan yang tepat untuk diri anda atau ia sekadar untuk memuaskan nafsu anda yang inginkan hilangkan kebosanan.

2. Menipu diri sendiri.

Jangan cuba untuk menipu diri anda sendiri. Anda perlu membuka mata anda melihat tingkahnya yang sebenar. Jika si dia lakukan kesalahan, anda perlu tegas dengan dirinya. Jangan hanya kerana sayang anda menyatakan bahawa si dia akan berubah.


3. Menjadi sempurna.

Jadi diri anda yang sendiri, jangan cuba untuk menjadi yang lain. Dan kalau boleh elakkan untuk menjadi yang begitu sempurna untuk dirinya. Hal ini kerana, anda hanya berpura-pura untuk memastikan si dia terus kekal bersama anda.

4. Terlalu ego.

Anda tidak boleh terlalu menjaga maruah anda dalam perhubungan. Hal ini akan menyebabkan anda kehilangan dirinya. Bukan itu sahaja, anda patut merendahkan sedikit ego anda agar anda dan dirinya boleh melakukan perbincangan yang baik.


Semuanya di tangan anda. Anda sahaja yang mampu menghindari rasa kecewa dalam perhubungan. Anda perlu bijak dalam mengawal perhubungan anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,687 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen