Lima Tanda Hubungan Anda Mempunyai Masalah.

 

Hubungan mana yang tidak akan bergelora ataupun mengalami masalah terutama mereka yang baru saja menjalinkan hubungan cinta. Biasalah percintaan ini lebih untuk mengenali hati budi masing-masing, di samping mencari keserasian bersama. Bila mencari keserasian ini, sepasang kekasih itu akan mengalami pelbagai masalah.



Mari kita ambil tahu sedikit masalah yang biasa dialami oleh pasangan yang sedang bercinta ini. Mana tahu kita dapat mengawal diri dari melakukan perkara yang sama.

1. Anda mengutamakan diri anda.

Dalam hubungan bercinta ini, tidak boleh hanya mementingkan diri sahaja. Anda perlu lebih mementingkan perhubungan anda dan pasangan. Jika anda hanya mengutamakan diri anda, pasangan anda akan tertindas. Apabila si dia merasakan begitu, maka anda akan kehilangan dirinya.

2. Anda membiarkan si dia bertanggungjawab dalam semua perkara.

Tanggungjawab itu harus dikongsi dan ditanggung bersama. Anda tidak boleh hanya lepas tangan dan mengharap orang lain melakukannya untuk anda. Anda perlu sama-sama melakukan serta merasa kepayahan bersama. Barulah hubungan itu akan lebih terasa ringan untuk di dilalui bersama-sama.

3. Anda sukar berkompromi.

Pasangan anda adalah orang yang sangat penting, jadi capai kata persetujuan bersama. Bukan kata persetujuan hanya berada di tangan anda sahaja. cuba untuk berkompromi dalam semua perkara. Hal ini kerana untuk mengelakkan pasangan anda merasakan dirinya tidak dihargai.


4. Anda melihat segala kekurangannya.

Setiap orang mempunyai keburukan dan kekurangan yang tersendiri. Tidak ada manusia yang begitu sempurna. Begitu juga dengan diri anda. Jadi tidak salah sekiranya anda menutup kekurangan dan keburukannya dengan kebaikan yang pernah anda lihat. Jangan pernah buang segala kebaikan yang anda pada dirinya hanya kerana kekurangannya.

5. Anda punca utama masalah dalam perhubungan.

Jika anda merasakan hubungan anda terlalu bermasalah, ia bermaksud anda yang mempunyai masalah sebenarnya. Anda yang merasakan dia anda tersangat bagus dan hebat sehinggakan anda merasakan pasangan anda tidak layak untuk anda. Walaupun anda tahu dirinya telah lakukan terbaik demi hubungan kalian.

Sebelum anda cuba menyalahkan orang lain, anda perlu menyalahkan diri anda dahulu. Kadang kala kita hanya melihat kesalahan ada pada orang lain tapi tidak pada diri kita. Apa-apa pun setiap permasalahan boleh diselesaikan dengan baik.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,925 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen