Bagaimana Untuk Memahalkan Diri Bagi Mendapatkan Lelaki Sejati?

 

Sebenarnya kebanyakkan lelaki akan berfikir panjang untuk meneruskan perhubungan dengan seorang wanita. Dia akan berusaha memilih wanita yang baik sekalipun dia tidaklah mempunyai peribadi yang baik. Oleh itu, sekiranya benar-benar lelaki tersebut berkenan untuk memperisterikan wanita itu, dia akan berusaha sebaik mungkin mendapatkannya. Memahalkan diri adalah salah satu ciri wanita yang baik. Jadi, bagaimana untuk menjadi wanita yang begitu?



1. Tidak menerima ajakan lelaki.

Menerima ajakan seorang lelaki mengambarkan murahnya maruah seorang wanita. Dengan ajakan tersebut, wanita akan diperdaya dan dimakan oleh lelaki yang tidak baik. Miskipun pada awalnya dia menunjukkan sikap yang baik, lama kelamaan sudah tentu dia menunjukkan wajahnya yang sebenar.

2. Tidak menerima panggilan lelaki.

Untuk urusan penting, tidak mengapa. Tetapi apabila ke topik peribadi, hindari untuk menerima dan melayan panggilan atau mesej daripada seorang lelaki. Jika dia mahukan anda, minta dia berjumpa terus dengan ayah. Lihat kesungguhannya. Jika tidak berjumpa, kemungkinan besar dia hanya mempermainkan anda.

3. Tidak menarik perhatian lelaki.

Wanita yang baik tidak menonjolkan dirinya di hadapan seorang lelaki. Jika perlu, dia akan lebih profesional dalam bekerja. Suka bergurau berlebihan, bergaul tanpa batas menjadikan kehormatan seorang wanita tercalar.

4. Tidak menjalinkan hubungan.

Formula mudah untuk mencari lelaki sejati adalah dengan berbuat demikian. "Kalau mahu saya, jumpa keluarga saya." Simple. Tetapi sekiranya anda ingin lelaki tersebut menjadi pasangan hidup, tanya secara serius kepada si dia atau menggunakan perantara untuk menanyakan hal berkenaan.


Hati-hati, dengan memurahkan diri menyebabkan seorang wanita menjalinkan hubungan cinta bertepuk sebelah tangan. Lelaki tersebut sebenarnya hanya mempermainkan wanita. Tetapi wanita memandang perhubungan itu serius. Kecewa bukan? Berhentilah berharap dengan orang begini. Carilah cinta sejati dengan bantuan ilahi.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,602 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen