Kenapa Wanita Perlu Jual Mahal Kepada Seorang Lelaki?

 

Dalam Islam, kita amat digalakkkan untuk menjaga batas pergaulan apabila tidak mempunyai sebarang hubungan meskipun dinamakan bertunang. Kerana seorang wanita amatlah dijaga dalam Islam. Sekiranya ditekuni dengan lebih mendalam dalam hal ini, pasti kita akan melihat indahnya Islam dalam menuntut seorang wanita menjaga pakaian dan lelaki menundukkan pandangan. Antara faktor wanita perlu jual mahal kepada seorang lelaki kerana:



1. Menjaga kehormatan.

Wanita yang menjaga dirinya daripada diganggu oleh lelaki akan terselamat daripada diperlakukan dengan cara tidak sepatutnya. Dengan cara itu juga seorang lelaki akan respect kepada wanita begini.

2. Susah diperdaya.

Sebenarnya, kebanyakkan lelaki hanya mendapatkan wanita hanya untuk bersuka ria dengan seorang wanita. Berbanding wanita, dia memikirkan sekiranya dia memberi cinta, dia akan mendapat cinta tersebut dengan perkahwinan. Itu pemikiran yang salah. Sekiranya lelaki tersebut serius untuk mendapatkan anda, dia akan berusaha sekuat mungkin untuk menjadikan anda pasangan hidup, bukan dengan berfoya-foya.

3. Mendapat cinta sebenar.

Sudah tentunya dengan menjaga diri, dia akan dapat lelaki yang betul-betul ikhlas berkahwin dengannya. Bukan untuk dipermainkan atau menikmati kecantikan seorang wanita. Orang yang menjaga diri sebelum berkahwin, dia juga akan bertemu jodoh dengan orang yang menjaga diri juga.

4. Tidak lalai dengan cinta.

Sudah terbukti, kebanyakkan pasangan yang tiada hubungan sebelum pernikahan akan lalai dengan cinta tersebut. Sangat payah untuk beribadah, sering memikirkan pasangan sahaja menyebabkan dia tidak dapat fokus dengan sesuatu pekerjaan.


Memahalkan diri tidak merugikan seorang wanita. Bahkan wanita akan kelihatan sangat terhormat di mata seorang lelaki sekiranya lelaki tersebut menjaga pandangan dan hawa nafsunya. Percayalah, dengan menjaga kehormatan diri, Allah akan memberikan jodoh yang terbaik juga buat wanita tersebut.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,838 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen