Cara Menguji Lelaki Untuk Dijadikan Suami.

 

Dalam tempoh pertunangan, pihak wanita masih lagi diberikan tempoh masa untuk mengenali pihak lelaki. Sebab itulah Islam meletakkkan garis panduan agar tidak berlebih-lebihan apabila bersama dengan orang yang bukan mahram. Ada hikmahnya yang tersembunyi. Antara teknik yang boleh digunakan untuk mengenalpasti samaada si dia lelaki yang baik mahupun tidak, boleh gunakan cara ini.



1. Uji akhlaknya.

Menilai seseorang hanya dengan melihat pakaian adalah tidak patut. Kerana pada zaman sekarang, pakaian hanya dijadikan perhiasan untuk menghandsomekan diri. Jadi, test perkara-perkara yang boleh membuat dia marah. Sekiranya dia mampu sabar dengan kerenah anda, mudah-mudahan dia dapat menjadi suami yang baik.

2. Uji kesungguhan untuk berkahwin.

Kadang kala ibu bapa mengambil inisiatif untuk meletakkan hantaran wang yang tinggi hanya sebab untuk menguji calon tersebut. Ingin menilai kesungguhan untuk mengahwini anak mereka. Ibu bapa yang baik, dia akan pulangkan kembali wang tersebut kerana tahu keperluan di alam perkahwinan lebih memerlukan wang tersebut berbanding dengan majlis perkahwinan sehari itu.

3. Uji soalan agama.

Tanyakan soalan asas kepada mereka, jika soalan asas mampu mereka jawab, pergi ke soalan fiqh. Tetapi ditanya dalam keadaan yang tidak menampakkan sangat kita mengujinya. Perlu diketahui, seorang lelaki perlu memahami hukum Islam termasuk juga mengenai fiqh wanita. Oleh itu, boleh ditanyakan bab tersebut.

4. Uji bacaan al-Quran.

Mula dengan membaca al-Fatihah. Ingat, ramai orang yang masih lagi tidak melepasi bacaan al-fatihah yang betul. Jadi, periksa betul-betul tajwid dan huruf yang disebut. Al-Fatihah adalah bacaan wajib ketika solat, jika dia tidak mampu membaca dengan betul, bagaimana solat mereka ya? Jika lepas, tanyakan surah lazim yang lain.


Jadi, hati-hati dalam memilih suami. Jika salah memilih, besar akibatnya apabila berumah tangga kelak. Biarlah seorang wanita mempunyai sifat sombong sedikit apabila bertunang. Usah terlalu murah memberikan cinta apabila belum tiba masanya. Kerana si dia belum halal buat anda. Apabila sudah berumah tangga, berikan cinta itu sepenuh hati. Baru akan terasa nikmat apabila bercinta setelah nikah.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,284 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen