Empat Sebab Anda Perlu Jauhi Hubungan Yang Terkongkong.

 

Menjalani satu hubungan itu perlu ada kesefahaman, bertolak ansur dan saling menyokong. Barulah rasa bahagia itu akan hadir dengan sendirinya. Hubungan percintaan ini bukan satu hubungan yang perlu menguasai keseluruhannya. Ia perlu di bahagikan, agar masing-masing merasa bahagia dan teruja. Hubungan yang mengongkong ini biasanya tidak akan bahagia. Hal ini kerana, salah seorang daripada pasangan itu akan mula rasa kecewa, tertindas dan disakiti.



Ada sahaja yang beranggapan bahawa saling mengongkong itu perlu ada dalam perhubungan namun, ia sebenarnya mempunyai keburukan daripada kebaikannya. Ini dia empat sebab mengapa anda perlu menjauhi hubungan yang terkongkong.

1. Megah dengan diri sendiri.

Apabila seseorang berjaya menguasai pasangannya, seseorang itu akan mula merasakan diri mereka ini hebat. Bukan itu sahaja, mereka juga turut akan bermegah-megah tentang kehebatan mereka di hadapan pasangan mereka. Maka, lahir lah sifat sombong dalam diri mereka.

2. Cuba menjauhi rakan dan keluarga.

Perhubungan yang bersifat mengongkong ini biasanya aka menjauhkan seseorang itu dari rakan-rakan dan keluarganya. Hal ini kerana, pasangannya pasti tidak suka jika si dia mempunyai perhatian yang lain selain dirinya. Bukan itu sahaja, mereka cuma mahu, pasangan mereka hanya untuk dirinya sahaja.


3. Mengkritik anda.

Sifat mengkritik ini boleh jadi ada pada sesiapa sahaja namun, biasanya akan lebih apabila seseorang itu mula menguasai pasangannya. Di mana mereka kononnya inginkan yang terbaik tetapi ia hanya menyakiti hati pasangannya. Ia akan mengkritik pasangannya sehingga hilang keyakinan diri.

4. Mengganggu privasi anda.

Apabila anda terlibat dalam hubungan seperti ini, anda tidak akan mempunyai kehidupan privasi anda sendiri. Semuanya akan dikawal oleh dirinya. Dari semua sudut, termasuk kewangan, pemakaian dan media sosial anda. Semuanya akan dikawal olehnya.

Hubungan yang penuh kongkongan ini tidak akan menyeronokkan. Hal ini kerana, ia akan terdapat penindasan dari segi emosi. Jika anda terlibat dengan hubungan seperti ini, adalah lebih jika tinggalkan hubungan seperti itu.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,812 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen