Jika Ingin Menjadi Suami Yang Baik, Jangan Lakukan 5 Perkara Ini Pada Bakal Isteri Anda!

 

Mengikut statistik perceraian, majoriti kes perceraian di mahkamah berpunca daripada sikap lelaki yang terlalu ego dan tidak mahu mengalah.

Lelaki yang bagaimana? Adakah cukup untuk seorang lelaki memberi nafkah semata-mata pada keluarga untuk gelarkan diri mereka sebagai bapa atau suami yang baik?



Jom ketahui antara 5 perkara yang lelaki tidak patut lakukan, jika ingin menjadi suami yang baik!

1. Mengabaikan tanggungjawab menguruskan rumah tangga.

Contoh seperti lelaki yang hanya tahu keinginan batinnya terlaksana, cukup makan, pergi kerja, pulang kerja dan tidur. Tetapi mereka langsung tidak menolong isteri untuk mengemas rumah, menyapu sampah, basuh pinggan, sidai kain atau lipat kain. Macam lah isteri dia tak kerja dan dialah satu-satunya penyumbang pendapatan pada keluarga.

2. Lebih menjaga hal kereta berbanding main dengan anak-anak.

Apabila suami adalah seorang kaki kereta, jika terdapat habuk sedikit pun dia terus keluar penyedut hampagas. Sering sahaja mencuci dan polish sedangkan masa yang ada lebih baik diluangkan dengan anak-anak. Anak tertumpah makanan dalam kereta, dia punya mengamuk, singa pun kalah.



3. Merokok di depan keluarga terutama anak kecil.

Sukar untuk dipastikan bagaimana lelaki jenis ini berfikir. Bagaimana mereka boleh merokok depan anak-anak dan isteri sendiri? Jika tidak sayang pada diri sendiri, pastikanlah sekurang-kurangnya merokok jauh daripada sebarang kelompok manusia.

4. Mengugut cerai pada isteri.

Sering mengungkapkan kata cerai pada isteri, sehingga kan isteri sudah lali mendengarnya. Sebenarnya ramai sahaja golongan yang sebegini, yang gemar mengugut perkataan cerai, bukan pada wanita sahaja. Lelaki ini seperti gila kuasa, kerana kuasa talak hanya di tangan mereka sahaja.



5. Lebih gemar menghabiskan masa dengan rakan-rakan.

Tidak ramai yang menyedari perkara ini adalah satu masalah besar pada isteri. Isteri ditinggalkan di rumah keseorangan menjaga keluarga sementara si suami pula lepak di kedai mamak bergelak ketawa dengan jenaka.

Pada para suami, mereka merasakan perkara itu seolah perkara biasa, rutin lelaki yang perlu dibuat tetapi seorang isteri sebenarnya cukup letih jika dia perlu menjaga rumah tangga seorang diri. Apatah lagi bila anak-anak pun kecil-kecil lagi.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,976 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen