Antara Text Mesej Yang Lelaki Mahu Terima Dan Rasa Dihargai.

 

Jika wanita gemarkan perkara yang romantik, berbunga-bunga, kata-kata cinta, yang mampu membuatkan mereka bagaikan berada di awangan, bagaimana pula dengan lelaki? Adakah lelaki juga turut sama ingin menerima text mesej yang begitu?

Sudah ternyata, lelaki gemarkan sesuatu yang lebih praktikal seperti gadget, kereta atau sukan. Jadi semua wanita mengeluh, bagaimana mahu menarik perhatian lelaki, sekiranya perkara itu adalah bukan dalam bidang mereka.



Wanita perlu tahu lelaki ini manusia yang sangat simple dan tidak merumitkan, jika anda tidak tahu untuk menceritakan tentang sukan atau gadget, cukup sahaja jika anda menghantar text seperti di bawah…

1. “Selamat pagi”

Atau “Morning…” boleh disertakan dengan emoji senyum atau gambar ‘love’. Kelihatan cliché tetapi ia sebenarnya memberi aura positif pada si lelaki. Sudah tentu mereka akan tersenyum melihat perkara pertama di telefon bimbit mereka, adalah text mesej daripada anda.

Mereka juga mahu merasakan, anda mengingati mereka dan menjadi orang pertama yang menghantar mesej.

2. “Terima kasih belanja makan tadi..”

Setiap kali bertemu pasti si lelaki sahaja yang mahu membayar segala kos perbelanjaan makanan, jadi apa yang perlu wanita lakukan? Senyap, diam seribu bahasa? Sekurang-kurangnya sebelum tidur, boleh sahaja anda menghantar text mesej pada si dia dengan mengungkapkan terima kasih.



Pasti si dia tersenyum dan rasa di hargai. Tak ada lah si dia merasakan anda ini seorang pengikis duit mereka.

3. “Jom teman saya pergi kenduri..”

Tidak kira sama ada majlis makan malam, majlis perjumpaan keluarga atau kenduri, jika anda mengajak si dia, pasti mereka gembira walaupun agak gementar. Ini kerana, mereka merasakan anda telah bersedia untuk menerima si dia di dalam hidup anda.



4. Pujian.

“Handsomenya pakai kemeja hari ni..”

“Handsomenya awak pakai baju melayu…”

“Hebat la awak boleh habiskan kerja tu, jom saya belanja awak makan?”

5. “Selamat malam sayang…”

6. “I love you sayang…”

Tidak salah anda sebagai wanita menjadi orang pertama pula mengungkapkan kata cinta ini, jangan hanya menunggu si lelaki sahaja.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,541 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen