Sifat Malu Yang Dibolehkan Dan Tidak Dibolehkan Bagi Seorang Wanita.

 

Malu adalah sangat dituntut dalam Islam untuk menjaga kehormatan seseorang. Malu adalah mahkota dan perisai bagi seorang lelaki. Apabila seorang wanita tiada sifat malu, lelaki mudah mengganggu wanita tersebut bahkan lebih teruk akan menggadaikan maruah.



1. Malu yang dibolehkan.

a. Malu untuk melakukan larangan Allah adalah perkara yang dibolehkan dan sangat digalakkan dalam agama Islam kerana dengan cara ini seorang wanita dapat jadikannya sebagai perisai hidup daripada diganggu oleh lelaki yang tidak beradab.

b. Selain itu juga wanita harus malu apabila dia masih lagi berlengah-lengah melakukan ibadah kepada Allah. Sepatutnya, diusia yang semakin meningkat ini seorang wanita perlu menjadi seorang yang lebih baik.

c. Wanita perlu malu apabila melakukan kesilapan. Kerana dengan menyedari kesilapan akan menyebabkan mereka insaf dan bertaubat. Malulah juga apabila diri tidak mampu menunjukkan contoh yang baik kepada orang lain, terutamanya kepada orang yang masih muda atau kepada orang bawahan.


2. Malu yang tidak dibolehkan.

a. Malu untuk menuntut ilmu adalah perkara yang dilarang. Dalam menuntut ilmu, bersemangatlah untuk mempelajarinya. Ketika tidak memahami, soal dengan cara yang baik. Lebih-lebih lagi mengenai fiqh wanita.

b. Hak adalah perkara yang peru dituntut. Misalnya hutang seseorang kepada kita. Hak mendapatkan nafkah, wasiat dan sebagainya apabila berumahtangga kelak.

c. Dalam mencari jodoh, kita tidak perlu malu untuk menyatakan hasrat tersebut. Tetapi perlulah dengan teknik yang betul. Misalnya dalam bentuk kiasan, perantaraan rakan atau bantuan daripada ibu bapa.


“Malu seorang lelaki, baik. Tetapi malu seorang wanita, terlebih baik.” Jadi, kenal pasti perkara yang boleh dan tidak boleh untuk dilakukan agar kita tidak terpesong daripada landasan yang sebenar. Malu menjadikan seorang wanita bermaruah tinggi dan dipandang hebat sekiranya dibawakan dengan cara yang betul. Malu mengada-ngada tidak boleh ya, kecuali untuk suami saja. Hehe


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 533,366 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen