Antara 5 Sebab Mengapa Anda Tidak Perlu Terburu-Buru Mencari Pasangan, Setelah Putus Cinta.

 

Sebahagian daripada kita akan berasa terlalu sunyi hingga tidak kisah untuk mencari cinta baru. Mereka merasakan tidak mampu untuk hidup jika tiada pasangan untuk mengadu dan bermanja. Tidak diberikan sesaat pun untuk diri mereka berehat daripada kekusutan di alam percintaan ini.

Adakah mereka tidak serik? Atau hanya untuk menutup kesedihan di hati? Jom baca antara sebab-sebab anda tidak perlu terburu-buru mencari cinta baru.



1. Kerana Hati dan perasaan perlu menjadi natural.

Anda perlu tahu, ketika anda bercinta, segala hormon di dalam badan diri anda berkecamuk antara marah, sedih, gembira dan bahagia. Kerana itu ia dipanggil mixed feeling. Oleh itu, anda perlu bertenang dan mendapatkan rehat yang secukupnya supaya dapat berfikiran positif.

Ketika anda berehat dan bertenang, anda akan dapat membuat keputusan yang sangat bernas seperti yang anda tidak jangkakan.

2. Kerana anda perlu bangkit untuk bekerja.

Jika anda terlalu melayan perasaan, siapa lagi mahu menyara diri anda, memberi anda makan? Duit? Pakaian? Jika anda sendiri tidak mahu bangkit, tiada siapa yang mahu menolong anda.



3. Kerana anda perlukan tenaga untuk sahabat dan keluarga.

Tenaga anda bukan hanya untuk kekasih atau bekas kekasih sahaja, sahabat, keluarga dan rakan-rakan perlukan tenaga anda. Jika anda tiada tenaga, masa dan waktu untuk mereka, anda hanya akan membuang masa di mana hidup ini terlalu pendek untuk bersedih dan meratap pemergian si dia.

4. Kerana kesihatan mental anda perlu kan terapi.

Keberangkalian untuk menjadi murung setelah putus cinta, amat tinggi. Jika anda terburu-buru mencari pasangan atau cinta baru setelah putus cinta, minda anda tiada rehat malah lebih memenatkan. Bukan sahaja fizikal memerlukan ketenangan, minda anda juga perlu menjadi sihat dan diberikan perhatian.



5. Kerana anda tidak akan jangka apa yang bakal terjadi.

Anda tidak tahu, adakah esok akan terjadi perkara yang lebih baik? Adakah anda secara tiba-tiba akan mendapat pekerjaan yang lebih hebat atau berpindah ke tempat yang baru? Siapa tahu, bukan?

Jika anda hanya terperap di rumah dan melayan perasaan dengan lagu jiwang, sudah tentu anda menjadi katak di bawah tempurung.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 629,188 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen