Antara Ganjaran Yang Wanita Bakal Dapat Pada Bulan Ramadhan.

 

Menjadi seorang wanita untuk berebut pahala mudah, tetapi mereka sendiri menjadikan ia sukar untuk dipraktikkan. Sama ada sibuk bekerja dan menguruskan rumah tangga, atau pun tiada inisiatif untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Pada bulan puasa ini lah, ibu bapa mahu melihat kita sebagai anak dara mereka, mampu atau tidak untuk memasak makanan untuk juadah berbuka puasa dan bangun waktu pagi untuk solat sunat Tahajjud di samping Qiyamullail. Dari sini lah, ibu bapa akan memberi anda green light untuk mencari jodoh, hehe..



Jadi wanita, jom bangkit sama-sama untuk merebut ganjaran ini!

1. Menyediakan hidangan untuk berbuka puasa.

Ketika berbuka, wanita menjadi orang penting yang akan menyiapkan hidangan berbuka untuk suami, anak-anak serta seisi keluarga.

Sabda Rasulullah s.a.w, 'Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, baginya pahala seumpama pahala bagi orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikit pun pahalanya (orang yang berpuasa itu).' (HR Al-Baihaqi dan Ibn Khuzaimah)

Rasulullah s.a.w menganjurkan orang yang berpuasa untuk sahur, sebagaimana sabdanya, 'Barsahurlah kamu semua, sesungguhnya dalam sahur itu ada barakah.' (HR Al-Bukhari dan Muslim)



Cuba anda bayangkan jumlah ahli keluarga di rumah, maka sebanyak itulah pahala puasa yang bakal anda peroleh. Walaupun ada ketikanya anda terhalang untuk menunaikan ibadah puasa, namun Allah telah menyediakan ladang pahala-Nya yang banyak ketika anda mempersiapkan hidangan berbuka puasa.

2. Mengajak dan menyediakan juadah bersahur.

Ketika bersahur juga wanita masih berperanan sebagai orang penting untuk mengejutkan keseluruhan ahli keluarganya bangun sekali gus menyiapkan juadah untuk keluarganya bersahur.

Tidak kira sama ada anda bergelar isteri atau anak, jika anda mampu menyediakan juadah bersahur, ia adalah ganjaran yang mudah direbut.



3. Ketika suami beriktikaf di masjid pada 10 malam terakhir Ramadhan.

Ketika anda membantu menyediakan keperluan suami untuk melaksanakan iktikaf dan menjaga ahli keluarga yang lain di rumah, kaum wanita masih tetap berkongsi pahala dengan suami.

Sabda Rasulullah s.a.w, 'Siapa yang mempersiapkan seorang pejuang, maka sesungguhnya dia telah berjuang. Dan siapa yang menjaga dengan baik ahli keluarga seseorang yang pergi berjuang, maka sesungguhnya dia juga telah berjuang' (HR Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, sambutlah bulan Ramadhan dengan hati yang gembira kerana setiap kebaikan yang kita lakukan dengan niat kerana Allah s.w.t akan beroleh ganjaran pahala yang banyak sebagai bekalan hidup kita di akhirat kelak.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,253 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen