10 Kebenaran Tentang Lelaki Yang Tidak Bersedia Untuk Menempuh Komitmen.

 

Ketika wanita ingin mencari teman hidup dan bakal imam untuk memimpin mereka ke arah kebaikan, ketika ini lah mereka perlu tahu kebenaran tentang lelaki. Tidak mudah menjadi lelaki, kerana tanggung jawab mereka lebih besar, tidak kira sudah berkahwin atau pun masih bujang.



Jika si wanita mengeluh, mengapa mereka tidak dilahirkan sebagai lelaki? Lelaki juga sering mengeluh, betapa sukar untuk meminang wanita kesayangan mereka. Bukan sahaja dari segi aspek wang ringgit, tetapi peranan sebagai suami malah bapa satu hari nanti sudah cukup merisaukan hati mereka.

Jadi, apakah kebenaran tentang lelaki yang tidak bersedia menempuh komitment ini, jom baca!



1. Jika mereka mengatakan mereka belum bersedia, mereka memang tidak akan bersedia.

2. Jika mereka mengatakan mereka tidak mahu ada hubungan yang serius, percaya lah ia memang bukan dengan anda.

3. Jika mereka mengatakan ini bukan masa yang sesuai untuk bicara tentang perkahwinan, anda akan dapati bahawa anda hanya menunggu mereka dengan sia-sia.

4. Jika anda sahaja yang banyak menyumbang di dalam perhubungan manakala si lelaki tidak, maka hubungan itu akan kekal sebagai kasual dan bukan hubungan yang serius.

5. Dan jika anda kurang menerima daripada yang sepatutnya, lelaki akan membuat andaian anda tidak kisah diperlakukan begitu.

6. Jika mereka mengatakan mereka adalah lelaki yang terbaik dan tidak sama seperti lelaki yang lain tanpa bertindak melakukan apa-apa, maka mereka hanya berkata-kata kosong.

7. Kerana lelaki yang gentleman dan baik tidak akan berani mengatakan mereka adalah yang terbaik, kerana mereka berfikir sebelum bertindak.



8. Dan lelaki yang normal adalah tidak banyak berbicara tetapi masih mahu bertindak secara diam-diam.

9. Jika anda sentiasa mempersoalkan bila masa dan waktu yang sesuai untuk berjumpa keluarga, tetapi si dia mengelak soalan itu? Sebenarnya, lelaki ini tidak bersedia mahu menceritakan tentang anda pada keluarga.

10. Dan jika lelaki ini tidak bersedia menempuh komitmen dan segala hal penting di dalam hidup mereka, mudah! Si dia memang sentiasa tidak bersedia untuk adakan hubungan yang serius dengan anda.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,286 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen