Tindakan-Tindakan Yang Perlu Dielakkan Apabila Bergaduh Dengan Pasangan.

 

Dalam perhubungan tidak akan ada selama-lamanya bahagia dan tidak pula selama-lamanya sengsara. Setiap hubungan itu ada pasang surutnya. Di mana ada masa akan rasa bahagia begitu juga sebaliknya. Biasanya setiap pertengkaran dan pergaduhan yang berlaku itu hanya untuk lebih mengenali pasangan masing-masing. Untuk mengetahui apa perkara yang disukai dan tidak agar satu hubungan itu akan lebih membaik pada masa akan datang.

Kadang-kadang, kita akan melakukan tindakan yang tidak disengajakan dalam perhubungan ini. Tapi kalau boleh cuba elakkan untuk lakukan perkara itu demi kebaikan hubungan itu sendiri. Lima tindakan ini kalau boleh cuba anda dan pasangan elakkan.

1. Jangan mengadu pada rakan atau ahli keluarga.

Tindakan yang pertama anda perlu elakkan apabila terjadinya pergaduhan ialah, jangan mengadu masalah anda kepada ahli keluarga anda. Hal ini kerana ia akan memperbesarkan masalah tersebut dan jika pasangan anda mengetahui pasti pergaduhan akan bertambah teruk. Anda perlu menyelesaikan masalah anda sendiri tanpa pertolongan orang lain.

2. Jangan menggunakan kekasaran.

Kekasaran seperti memukul dan menengking pasangan adalah satu perkara yang perlu dielakkan. Hal ini kerana, ia akan membuat pasangan itu merasa lebih disakiti. Di samping itu juga, pasangan anda akan merasa ingin memberontak jika anda melakukan hal itu kepada mereka.

3. Jangan bergaduh di tempat awam.

Perkara yang amat memalukan jika bergaduh di tempat awam. Hal ini kerana, ia akan menjatuhkan air muka pasangan kita. Bukan itu sahaja, orang di sekeliling anda pasti tidak senang akan perkara itu lalu akan memberi pandangan yang tidak elok kepada anda dan juga pasangan.

4. Jangan mengungkit semua perkara lepas.

Apabila pergaduhan berlaku, kalau boleh elakkan untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Termasuklah perkara yang anda tidak puas hati sebelum ini. Hal ini hanya akan merumitkan keadaan anda sahaja. hal yang berlalu jangan terus disimpan di dalam hati kerana ia akan memudaratkan diri anda sendiri.

5. Jangan bercakap mengenai perpisahan.

Perkataan yang selalunya akan diluahkan apabila pergaduhan berlaku adalah perpisahan. Maka dengan itu jangan pernah menyebut perkataan itu apa bila bergaduh. Ia hanya menunjukkan anda telah berputus asa terhadap hubungan dan pasangan anda.

Setiap pasangan perlu mengendalikan pergaduhan dan pertengkaran dengan sebaiknya. Setiap hal yang berlaku hanya untuk mengeratkan lagi hubungan. Ia bergantung pada setiap pasangan bagaimana untuk menjayakan hubungan itu untuk terus berkekalan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 373,817 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen