Empat Ungkapan Yang Perlu Anda Luahkan Pada Pasangan Anda Setiap Hari.

 

Menghargai pasangan itu bukanlah satu perkara yang sukar, tetapi ia sering dilupakan dan dianggap tidak penting. Menghargai itu tidak perlu untuk membawanya melancong, pergi makan di luar mahupun membuat kejutan dengan hadiah yang mewah. Kita sebenarnya, boleh membuat pasangan kita rasa dihargai dengan perkara yang paling mudah tapi cukup bermakna. Ia hanya perlu diluahkan tanpa perlu menggunakan wang sahaja. Ia mudah saja, ringankan mulut anda dan turunkan sedikit ego anda.



Ungkapkan empat ayat ini setiap hari pada pasangan anda, pasti hubungan akan bertambah erat dan pasangan anda rasa dihargai.

1. “Saya sayang awak.”

Ayat ini sesuai diungkapkan pada waktu malam sebelum anda dan pasangan tidur. Di mana ia akan melegakan rasa beban pada pasangan anda jika si dia mengalami hari yang panjang dan meletihkan pada hari itu. Di samping itu juga, ia adalah sebagai tanda anda mengingati dirinya.

2. “Terima kasih.”

Terima kasih tidak hanya perlu diungkap selepas menerima pemberian seseorang, tetapi ia juga boleh diungkap sebagai tanda menghargai seseorang. Anda boleh ungkapkannya apabila si dia telah banyak membantu anda ketika anda susah dan senang serta terus setia di sisi anda.


3. “Awak sempurnakan hari-hari saya.”

Ayat ini pula menandakan bahawa dirinya telah melengkapkan hari-hari anda. Ia bagaikan memudahkan segala kerja anda. Ayat ini sesuai diungkapkan pada waktu pagi. Hal ini kerana, ia akan menambah rasa semangat pada pasangan anda terutama ketika si dia hendak keluar bekerja.

4. “Awak begitu cantik.”

Penggunaan ayat ini adalah di mana anda telah meletakkan sedikit keyakinan terhadap pasangan anda. Di sini, ia beranggapan bahawa kecantikan atau ketampanannya masih sama ketika pertama kali anda kenal dahulu. Walaupun, hakikatnya telah banyak yang berubah. Namun kerana rasa sayang itu yang menyebabkan si dia sentiasa menawan di mata anda.

Mungkin ia kelihatan ayat yang cukup ringkas dan begitu mudah. Tapi ketahuilah tidak semua orang mampu meluahkan ungkapan ayat dan kata-kata ini.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,443 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen