Punca-Punca Wanita Itu Tidak Akan Meninggalkan Pasangannya.

 

Merasa ragu dalam perhubungan itu sudah menjadi lumrah dalam percintaan. Tetapi jika anda yang meragui terhadap pasangan itu akan mengubah keadaan hubungan anda. Anda mungkin akan terasa bosan jika hubungan itu terlalu lama, namun pasangan anda pula sebaliknya. Si dia makin lama kelihatan semakin sayang akan anda.



Mungkin anda telah melakukan sesuatu yang begitu menarik dirinya tanpa anda sedar. Lima punca ini menyebabkan pasangan anda akan terus melekat di sisi anda.

1. Lihat kejujuran anda.

Setiap pasangan akan mudah membaca setiap gerak geri pasangannya. Jika anda menipu dirinya, pasti akan mudah dibaca olehnya. Jadi dalam perhubungan anda hingga menyebabkan dirinya terus setia adalah si dia melihat kejujuran anda. Anda juga boleh dikatakan akan sentiasa jujur dalam perhubungan anda.

2. Sentiasa menunaikan janji.

Janji itu mudah diluahkan tetapi sukar untuk ditunaikan. Berlainan pula dengan anda, anda mudah membuat janji dan mudah juga untuk menunaikannya. Jika anda tidak mampu untuk tunaikannya anda juga akan memohon maaf padanya.

3. Bijak menarik emosinya.

Bermulut manis dan pandai memujuk itu sememangnya sifat seorang lelaki. Tetapi anda pula seorang yang bijak menarik emosinya. Di mana anda tahu apa yang harus dilakukan apabila emosinya tidak stabil. Dan anda akan menyenangkan dirinya dengan kelakuan anda. ia seolah-olah anda sudah begitu faham dan masak akan perangainya.


4. Sentiasa memperbaharui perhubungan.

Anda begitu menyenangkan dirinya sehingga dirinya tidak mahu yang lain. Walaupun hubungan anda dan pasangan telah lama, namun anda sentiasa cuba memperbaharui perhubungan itu. Dengan membuat kejutan agar dirinya sentiasa gembira.

5. Tidak mengongkong.

Kebebasan dan saling memberi ruang itu perlu dalam perhubungan. Begitu juga anda, mahukan sedikit ruang untuk diri anda sendiri. Dan anda juga tidak cuba untuk mengongkong dirinya. Walaupun ada mempunyai sifat mengongkong tapi anda begitu bijak mengawalnya.

Sebenarnya, jika seorang wanita itu telah benar-benar jatuh cinta, bagaimana cara anda melayani dirinya akan sentiasa dipandang begitu sempurna di matanya. Dan segala kesilapan anda tertutup dengan kelakuan baik anda padanya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 382,250 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen