Menghormati Lelaki Dengan Tidak Melakukan Hal Ini. Jom Ketahui.

 

Lelaki ada manusia yang patut kita hormati. Hormati mereka pun ada caranya. Ada beberapa hal yang sensetif bagi meraka dan mungkin juga sering kita lakukan tanpa disedari. Oleh itu, cakna tentang hal ini kemudian hindari untuk melakukan perbuatan tersebut.

1. Memanggil nama.

Huh. Pantang betul kalau dah kenal lama, tapi sesekali panggil dengan menggunakan nama sahaja. Kan tidak sopan tu. Lebih-lebih lagi kalau sudah berkahwin. Kalau belum berkahwin, setidaknya menggunakan kata nama yang elok. ‘awak’ misalnya.

2. Main bahagian kepala.

Di Malaysia, kepala adalah tempat sensitif yang menunjukkan kehormatan seseorang. Jadi, usah bergurau di bahagian ini. Belum berkahwin, memang tak boleh pegang ya. Hehe walaupun menggunakan kayu atau barang-barang, usahlah. Nampak seolah-oleh kau mempermainkan dia. Maka, hindari ya.

3. Membuka aibnya.

Semua orang tidak suka apabila aibnya dibuka. Lebih-lebih lagi lelaki. Tercabar kelakiannya. Semua orang pernah melakukan kesilapan bukan? Kalau dia berbuat silap, tegur dengan cara yang elok dan sopan.

4. Tidak mengkritik.

Nak tegur lelaki, ada caranya. Mereka mempunyai ego yang tinggi. Tetapi, apabila kena dengan cara, mereka dapat menerima dengan baik. Sebaiknya pada awal pembicaraan, banyakkan memuji mereka terlebih dahulu, kemudian baru sampaikan kritikan tersebut dengan cara yang berhemah.

5. Membuat perbandingan.

Dengan membuat perbandingan, menyebabkan dia kurang selesa dengan anda. Iyalah. Lelaki ni ‘hero’, sebaik mungkin dia akan membuktikan dia seorang yang hebat di mata anda walaupun kadang kala mempunyai kekurangan. Kekurangan tersebut usahlah dibandingkan dengan orang lain, ini membuat dia cemburu dan rasa terhina.

Dah tahu cara ini, apa lagi. Hindari ya. Belajar slow-slow untuk memahami karekter mereka, kemudian elakkan melakukan hal tersebut dan perkara-perkara lain yang mereka tidak suka agar perhubungan dapat dikekalkan dengan baik. Chayok! Chayok!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,442 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen