Kenali 5 Tanda-tanda Wanita Tersebut Sebenarnya Sedang Marah.

 

Wanita sememangnya suka menarik perhatian lelaki dengan cara yang aneh. Tetapi kebanyakkan lelaki tidak faham dan tidak tahu untuk menghadapi situasi tersebut. Mereka suka menggunakan emosi untuk menonjolkan sikap suka dan tidak suka akan sesuatu tanpa menyatakannya. Memendam rasa lebih baik baginya. Berbanding lelaki, mereka suka untuk berterus terang dan menyatakan secara langsung. Oleh itu, jom kita kenali tanda-tanda apabila wanita sebenar dia dalam keadaan marah.



1. Banyak diam.

Bila ditanya, diam. Bila diberi sesuatu, tak mahu. Huh Pening. Okey. Itu maknanya dia sedang marah. Iyalah. Mereka memang payah untuk meluahkan dalam keadan begini. Baginya, diam lebih baik. Kalau buka mulut, lain pula jadinya nanti.

2. Senyum sinis.

Senyum tak berapa nak senyum. Mulut senget sedikit, lagi best bila dia angkat sebelah mata. Amboi. Macam nak ajak gaduh pula. Sabaq sabaq. Hehe Emosi tak stabil tu. Kau cool je. Pujuk sikit-sikit, okeylah tu.

3. Memalingkan muka.

Samaada memang malas nak layan dah atau dia sebenarnya tengah tahan nak menangis. Jadi, dia tak mahu tunjuk kesedihan tersebut, dia palingkan muka. Memanglah kau sakit hati bila orang palingkan muka. Tapi, dalam beberapa situasi, fahami juga emosi mereka. Jangan marah. Tenang je ya.

4. Melenting.

Bila tanya, jawab juga. Tapi nadanya lain macam. Seakan-akan meninggikan suara, ringkas bercampur amarah. Bak kata orang terengganu, ‘mechok’. Hehe sering juga menggunakan perkataan ini, misalnya lantaklah! Ikutlah! Suka hatilah!. Apa kau nak buat? Diam je. Sabar.

5. Menangis.

Nak marah pun boleh menangis. Iyalah. Nak cakap apa-apa dah tak mampu. Kelu. Dia hanya mampu menangis saja. Dalam keadaan macam ni, pastinya dia masih okey. Pujuk elok-elok, minta maaf kalau kau buat silap, nanti diamlah tu.


Apapun, banyakkan bersabar dan tenang menghadapi situasi ini. Marah mereka kembali, tidak menyelamatkan keadaan. Layankan saja, nanti okeylah tu. Saja nak tarik perhatian tu. Hehe jangan kau tinggal macam tu saja sudah. Memang panaslah hati si dia. Api kena lawan dengan air. Barulah api tu padam. Kan?

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 630,451 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen