Antara Situasi Lelaki Hanya Tertarik Pada Anda, Tetapi Bukan Untuk Hubungan Yang Serius.

 

Perbezaan antara lelaki dan wanita adalah bagaimana seseorang itu merumitkan keadaan. Ternyata golongan wanita yang lebih merumitkan. Lelaki lebih simple dan direct to the point. Dalam berpasangan, wanita sering mengeluh, kenapa lelaki sering merumitkan keadaan mereka?



Pandangan lelaki lebih fokus, tepat dan terperinci, jika mereka kata kan A, ia tetapi A, dan ia jarang berlaku pada wanita. Ini kerana wanita lebih berfikiran secara emosi dan terlalu peka dengan persekitaran mereka.

Contoh situasi yang berkaitan, wanita atau si gadis akan tertekan, jika lelaki suka bermain teka-teki dengan mereka. Padahal lelaki tidak bermain teka-teki dengan anda.



Jika lelaki mengatakan mereka sukakan seseorang dan bukan pada anda, percaya lah, bahawa mereka hanya menganggap anda sebagai sahabat baik mereka sahaja.

Wanita sering tertekan kerana, mereka mahukan lelaki tersebut, minat dan suka kembali pada mereka. Tetapi ia menjadi hampa, kerana mereka hanya bertepuk sebelah tangan.

INGAT! Lelaki tidak berteka-teki pada anda, jadi kenapa anda perlu mengharap pada lelaki yang tidak mahu kan diri anda, walhal lebih ramai lagi lelaki lain dan baik di luar sana?



Jom kita lihat antara situasi di mana, lelaki sebenarnya tidak berteka-teki pada anda..

1. “Dia sentiasa menghantar text atau whatsapp dari masa ke semasa, tetapi tidak pernah ajak untuk berjumpa…”

Tidak kira di mana sahaja, walaupun anda mengajak jumpa bersama sahabat, adik-beradik, keluarga atau saudara terdekat, si dia masih menolak.

2. “Apabila terserempak dengan si dia sekejap, kami pasti tersenyum hingga ke telinga seperti tiada orang di sekeliling, tetapi masih si dia tidak pernah ajak berjumpa secara serius..”

Ternyata wanita mempunyai naluri hati yang sangat kuat, kerana mereka lebih peka dengan keadaan sekeliling.

Di sebabkan itu peranan IBU hanya untuk wanita sahaja bukan pada lelaki. Jadi, seperti situasi di atas, wanita merasakan lelaki tersebut juga suka pada mereka, hanya SUKA sahaja, hanya SUKA-SUKA!



3. “Kami telah berjumpa dan mengenali dalam masa sebulan, tetapi dia masih belum sahkan status kami..”

Anda wanita gemar berfikir, lelaki ini tidak mahu serius mungkin ia mengambil masa untuk mengenali antara satu sama lain.

Wahai wanita, please! Jangan buang masa! Jika anda sendiri mahukan hubungan yang serius, maka anda perlu move on, tetapi jika anda juga dalam situasi yang sama dengan lelaki tersebut, terpulang pada individu.

4. “Dia sentiasa melihat insta story saya, ‘like’ semua gambar di facebook dan instagram..”

Seperti anda ‘like’ pada gambar selebriti, hanya kerana mereka adalah artis kegemaran anda, sama juga seperti situasi di atas, lelaki ini hanya tertarik pada anda, tetapi bukan untuk hubungan yang serius.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,253 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen