Anda Dapat Mengenali Seorang Lelaki Dengan Tepat Melalui 10 Situasi Tersebut.

 

Jadi, dengan cara bagaimanakah anda sebagai wanita dapat mengenali sikap lelaki dengan lebih tepat? 


1. Cara si dia melayan ibu mereka.

Adakah si dia melayan ibu mereka dengan baik? Bagaimana nada suara mereka, lembut atau kasar? Berapa kali si dia menghubungi ibu mereka? Hanya dengan cara ini anda boleh tahu, si dia lelaki yang bagaimana.



2. Cara si dia melayan seseorang pekerja.

Terutama pekerja customer service front liner. Adakah si dia melayan mereka dengan kata-kata yang kesat? Adakah si dia melempiaskan amarah dengan mudah pada pekerja tersebut?

3. Cara si dia menceritakan hal orang lain.

Adakah si dia menceritakan hal negatif atau positif? Jika si dia gemar memburukkan hal orang lain pada anda, hati-hati!

4. Cara si dia menceritakan perihal sendiri.

Adakah mereka sangat bangga menceritakan kejayaan mereka? Adakah mereka menunjuk-nunjuk atau riak? Atau adakah mereka adalah seorang yang merendah diri? Dengan cara ini, anda akan tahu si dia ego atau pun tidak.



5. Cara si dia atau rakan melayan antara satu sama lain.

Siapakah rakan-rakan si dia? Siapakah sahabat baik si dia? Adakah mereka semua berkelakuan baik antara satu sama lain? Atau talam dua muka? Adakah mereka semua berkata-kata lucah dan kesat, hati-hati ya wahai wanita!

6. Cara si dia menepati janji.

Adakah si dia menepati janji? Menepati masa? Dan boleh menyimpan rahsia? Jika Ya, anda sangat beruntung memiliki si dia.

7. Cara si dia melayan anda.

Si dia sangat menghormati anda, tidak mengambil kesempatan, tidak membuat anda sentiasa berasa ragu-ragu dengan perasaan anda. Ya, anda sedang mengenali seorang lelaki yang baik.



8. Cara si dia menguruskan diri sendiri.

Bagaimana si dia menguruskan diri sendiri ketika dalam tekanan? Dan keseorangan? Adakah mereka adalah seorang yang boleh diharap?

9. Cara si dia menceritakan tentang bekas kekasih mereka.

Jika si dia sering menceritakan aib tentang bekas kekasih mereka, sudah tentu si dia akan membuka aib anda juga.

10. Cara si dia meminta maaf.

Adakah mereka meminta maaf dengan ikhlas? Atau terpaksa? Atau langsung tidak pernah mengungkapkan kata maaf? Lelaki yang sering meminta maaf di atas kesalahan mereka, adakah lelaki yang baik untuk dijadikan calon bakal suami.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,786 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen