4 Perkara Anda Perlu Sedar Tentang Cinta, Apabila Hubungan Semakin Retak.

 

Cinta pada keluarga, cinta pada sahabat, cinta pada haiwan peliharaan, cinta pada Ilahi, sudah tentu berbeza dengan cinta pada kekasih hati. Jadi, apa yang anda perlu tahu tentang cinta pada kekasih hati?



1. Cinta bukan seperti di dalam penjara.

Anda perlu ingat, jika cinta membuatkan anda seperti terjerat di dalam penjara, maka ia bukan lah cinta. Tangan anda diikat, kaki anda digari seolah-olah anda tidak bebas untuk melakukan apa sahaja yang anda impi dan idamkan.

Bukan lah ia perkara yang boleh mendatangkan keburukan seperti meluangkan masa bersama sahabat, keluarga atau kadang kala keseorangan, tetapi anda masih rasa seperti dikongkong oleh pasangan. Anda perlu menikmati pemandangan luar, bukan hanya terperap di tempat yang sama dan tiada cabaran.



2. Cinta bukan satu permainan.

Anda juga perlu berhati-hati dengan cinta kerana ia bukan lah dalam bentuk permainan. Hati dan perasaan manusia bukan lah sesuatu yang anda boleh mainkan. Anda perlu tahu, siapakah anda di dalam hati si dia? Jika anda masih keliru dengan status anda, maka berhati-hati.

Cinta juga bukan lah satu permainan akal di mana wanita gemar menguji kesetiaan lelaki dengan emosi mereka. Belum tentu seorang wanita mampu mengawal emosi mereka, tetapi perlu berhati-hati dengan kata-kata kerana lelaki akan menganggap ia adalah satu mainan.



3. Cinta bukan satu bentuk ujian.

Anda gagal dalam bercinta? Bagaimana? Adakah anda di beri markah pada setiap soalan? Soalan yang bagaimana? Tidak logik bukan?

Kerana cinta itu adalah satu pengalaman. Pengalaman yang anda boleh pelajari untuk memperbaiki diri. Jangan menilai cinta sehingga anda sendiri tiada jawapan.

Cinta itu mudah, anda sebagai manusia yang suka merumitkan cinta.



4. Cinta bukan untuk pertandingan.

Anda bercinta hanya kerana apa? Mahu kelihatan cantik dan baik daripada sahabat anda? Mahu menjadi pasangan yang baik di kalangan terbaik? Adakah anda menggunakan cinta untuk bertanding siapa yang lebih bahagia?

Jangan membandingkan hubungan kalian berdua dengan pasangan yang lain. Pasang surut sesuatu hubungan itu sudah tentu berlainan pada setiap pasangan, kerana kita mempunyai sikap yang berbeza.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,000 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen