Perkara Yang Patut Dihindari Ketika Berpasangan.

 

Mengekalkan perhubungan itu sudah tentunya mempunyai teknik yang tersendiri. Kadang kala perbuatan tersebut tidak disengajakan. Kerana sudah selalu melakukan, ia berubah menjadi kebiasaan. Kebiasaan buruk inilah yang merenggangkan perhubungan. Oleh itu, elakkan hal ini apabila anda berhadapan dengan pasangan.

1. Mengungkit kesilapan.

Oh. Pantang betul kalau wanita selalu berbunyi dalam bab ini. Padahal banyak perkara telah dikorbankan demi orang yang dia sayangi. Kerana satu kesalahan, terus dia membuka kesalahan demi kesalahan yang lain. Bukankah itu tidak adil jika terus menerus melakukan hal yang

2. Membandingkan pasangan.

Apabila sebelum ini anda pernah bersama orang lain. Usah membuat perbandingan. Perbandingan tersebut akan menghangatkan pertelingkahan. Perbandingan baik pun elak, apatah lagi yang buruk-buruk mengenai pasangan. Ini akan menimbulkan pelbagai spekulasi di benak fikiran pasangan. Jadi salah sangka, payah pula nanti.

3. Cepat tersinggung.

Merajuk sekali sekala itu tidak mengapa. Tetapi apabila terlalu kerap merajuk dan cepat tersinggung, kadang kala naik muak juga. Lelaki suka bercakap secara berterus terang tanpa berselindung. Kadang kala sengaja bergurau. Jadi, fahami betul-betul sifat seorang lelaki. Kalau lelaki yang cepat tersinggung, pun bahaya juga. Tak macho beb!

4. Panas baran.

Pantang salah, semuanya tak kena. Ini bahaya. Belajarkan menjadi seorang yang cool. Semua perkara boleh selesai beb. Jadi, settle slow-slow. Nanti bereslah. Mengamuk tak guna. Buang masa, menambah sakit hati orang lagi ada. Makanya, bersabar dan tenang saja.

5. Menyerahkan cinta.

Menyerahkan cinta terlalu awal itu tidak patut. Saat putus, akan kecewa yang teramat sangat. Berilah cinta pada waktu yang tepat iaitu setelah bernikah. Jangan pernah mengungkap kata-kata manis, tidak menyerah diri sebelum halal. Kelak, akan menyesal yang teramat sangat.

Jadi, elakkan hal-hal ini untuk dilakukan. Latih diri bagi menjadi seorang yang lebih baik dari masa ke semasa agar perhubungan itu dapat dikekalkan. Anda mampu mengubahnya! Hehe

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 305,966 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen