Sebab-Sebab Dilarang Menjadikan Rakan Berlainan Jenis Sebagai Tempat Mengadu.

 

Mempunyai ramai rakan itu adalah perkara yang menyeronokkan. Di mana kita mempunyai teman dan kenalan apabila pergi ke mana-mana sahaja. Bukan itu sahaja, mereka ini juga boleh dijadikan tempat mengadu dan curahan di samping memberikan idea-idea yang menarik untuk kita memikat hati pasangan kita. Terutama jika kita berkawan baik dengan rakan yang berlainan jantina. Pasti mereka ini lebih memahami orang yang sejantina dengan mereka.



Sebenarnya, banyak perkara yang tidak elok dan tidak patut apabila mengambil orang yang berlainan jantina ini sebagai rakan. Terutama menjadikan mereka ini sebagai tempat mengadu dan mendengar curahan hati anda. Ia lebih banyak keburukan berbanding dari kebaikan.

1. Mewujudkan perasaan ambil berat.

Apabila mereka yang berlainan jantina ini saling berhubung, sudah pasti akan timbul rasa mengambil berat antara satu sama lain. Walaupun, ia hanya menggunakan alasan rasa ambil berat sebagai rakan. Namun lama-kelamaan ia boleh menimbulkan rasa ambil berat sebagai kekasih dan mula rasa ingin melindungi dan memiliki.

2. Menimbulkan perasaan sayang.

Apabila terlalu kerap mengambil berat tentang keadaan dan perhubungan rakan bukan sejantinanya, pasti rasa sayang itu akan mula timbul tanpa rasa dipaksa. Ia bagaikan hadir tanpa diundang walaupun, mula menolaknya sebagai rasa sayang terhadap rakannya tetapi, sebenarnya ia adalah tanda anda sudah mula jatuh cinta dengannya.


3. Menjadi tempat meluah rasa, termasuk hal peribadi.

Anda akan memberi kepercayaan kepadanya termasuk dengan mula menjadikannya sebagai tempat meluahkan rasa anda yang terpenting. Anda juga tanpa segan silu telah berkongsi hal peribadi anda kepadanya. Walhal, hubungan setiap yang berlainan jantina ini perlu mempunyai ruang dan jarak agar tidak saling jatuh cinta.

4. Merosakkan kepercayaan pasangan.

Apabila rakan yang rapat dengan anda adalah seorang yang berlainan jantina. Pasti ia akan menimbulkan rasa cemburu pasangan anda. Sedikit atau banyak, rasa cemburu itu anda. Dan pasangan anda akan mula tidak mempercayai anda. Setiap perkara yang anda kongsi mengenai rakan anda akan mengganggu emosinya.

Tidak salah untuk mempunyai rakan yang berlainan jantina. Tetapi bagaimana anda mengawalnya dan tidak menjadikannya sebagai tempat anda meluah rasa dan orang penting di sisi anda itu adalah perlu dijaga. Ia bukan hanya untuk diri anda sahaja. Tetapi lebih kepada hubungan anda dan pasangan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,059 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen