Tanda-Tanda Hubungan Anda Tidak Kekal Lama.

 

Bukan mudah untuk mencapai satu hubungan yang lama dalam jangka panjang. Terutama untuk menjaga hubungan itu agar sentiasa terus mekar dan berkekalan. Semua orang pasti mahukan hubungan yang dibina itu mampu bertahan hingga ke jinjang pelamin lalu ke hari tua. Sebab apa? Sebabnya nak mencari pasangan ini bukan mudah. Banyak perkara yang perlu dilakukan untuk mendekati seseorang. Itu belum lagi jika kita tidak mampu hadapi cabaran ketika bercinta.



Jadi sebelum kita mengenali lebih lama seseorang itu, dan menjalinkan hubungan yang lebih dalam. Apa kata kita lihat si dia dahulu dan hubungan kalian, adakah mampu kekal lama ataupun tidak. Jom kenali lima tanda hubungan anda yang tidak mampu untuk kekal lama.

1. Tiada sifat saling percaya.

Kepercayaan ini amat penting dalam perhubungan. Ia bagaikan akar yang akan menguatkan perhubungan agar tidak tumbang. Tapi jika salah seorang tidak mempunyai kepercayaan terhadap hubungan dan pasangan. Ia akan menjadi satu perkara yang teramat sukar. Apa yang menyukarkan ialah, anda dan pasangan akan saling menuduh dan melukakan antara satu sama lain.

2. Sering mencari silap.

Kesilapan dalam perhubungan itu sememangnya sering berlaku. Tidak kira lah dalam perhubungan yang baru atau perhubungan yang telah lama. Tetapi pasangan yang sengaja mencari silap kita adalah untuk membuat hubungan yang dibina itu renggang. Hal ini kerana, setiap dari anda pasti tidak mahu mengaku kesilapan yang kecil itu.

3. Bertengkar mengenai perkara remeh.

Setiap pasangan akan mengalami pertengkaran ketika mendalami hati budi masing-masing. Tetapi, biasanya pertengkaran hanya melibatkan perkara yang besar bukanya perkara yang remeh. Jika anda dan pasangan selalu bertengkar dengan anda mengenai perkara yang remeh, itu menandakan bahawa si dia sengaja mencari salah anda agar anda berputus asa terhadap hubungan kalian.


4. Tidak sependapat.

Setiap orang pasti mempunyai berlainan pendapat. Dan pendapat orang itu kadang-kadang perlu diterima. Tetapi jika pasangan anda sukar menerima pandang dan pendapat anda, mereka ini agar sukar dibentuk. Dan mereka juga dikatakan sebagai keras kepala. Jadi pasti anda akan mengalami kesukaran untuk bertolak ansur dalam perhubungan.

5. Gagal kawal emosi.

Emosi ini amat penting dalam perhubungan. Emosi ini juga bukan hanya menimbulkan rasa bahagia dan sayang terhadap pasangan. Tetapi ia juga boleh mendatangkan satu kemarahan dan kebencian terhadap pasangan. Jadi kebijakan anda mengawal emosi itu sama dengan kebijakan anda mengawal hubungan anda agar berkekalan lama.

Demi mendapat hubungan yang berkekalan, setiap pasangan perlu memberi ruang kepada pasangannya untuk melahirkan kepercayaan, bertolak ansur, bijak mengawal emosi dan pelbagai lagi. Semuanya bergantung pada diri seseorang itu sama anda sayangkan perhubungan itu ataupun hanya ingin mengisi kekosongan di hati dan waktu lapang.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 385,559 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen