10 Perkara Yang Dilakukan Oleh Wanita Mampu Membuat Seorang Lelaki Tawar Hati.

 

Apakah perkara yang mampu membuatkan teman lelaki atau suami anda menjadi tawar hati? Jom kita baca!

1. Sering bercerita tentang diri mereka tanpa menghiraukan perasaan pasangan. Malah mereka tidak sedar tentang kelakuan tersebut, dan jika si lelaki menegur, mula mahu melenting bagaikan si lelaki tidak mendengar. Padahal anda telah bercerita satu jam, tentu si lelaki akan mula bosan.

2. Ketika anda tidak bekerja tetapi masih mengadu banyak kerja mahu diuruskan. Anda sering sangat merungut.



3. Wanita yang gemar menghantar text sms atau whatsapp bertubi-tubi jika si lelaki tidak memberi respond. Wahai wanita, cuba bersabar dan rileks!

4. Ketika wanita sedang marah atau kecewa dan melepaskan tempias pada lelaki, dan ketika itu secara tiba-tiba anda mengatakan anda bergurau sahaja. Jangan buat lelaki tercabar.

5. Ketika wanita sering dan gemar mencari gaduh di depan orang ramai terutamanya di depan keluarga atau sahabat.



6. Ketika wanita sering melemparkan kata-kata seperti “Hey bro” dan “bro” pada setiap ayat. Tidak kisah jika anda mahu melayan teman lelaki atau suami anda sebagai kawan, tetapi jangan terlalu kerap kerana ia sebenarnya amat menjengkelkan.

7. Ketika wanita menjadi talam dua muka. Lelaki mudah tawar hati jika anda sering mengadu betapa anda benci pada seseorang, tetapi masih berpura-pura baik pada orang tersebut.

Andaian lelaki, jika anda boleh berpura-pura baik pada orang lain, anda juga boleh berpura-pura baik pada pasangan. Hati-hati.



8. Lelaki akan tawar hati pada wanita yang gemar manipulasi pendapat mereka.

9. Selain daripada itu, lelaki mudah tawar hati jika wanita tidak tahu bagaimana mahu menghargai mereka, malah tiada kata-kata semangat atau positif mahu dilemparkan.

10. Dan, jika seorang wanita itu berkelakuan sombong atau kurang ajar pada waiter, cashier, flight attendance, atau kerani. Dengan maksud yang mudah, wanita yang tidak hormat pada orang yang bekerja pangkat rendah atau dalam bidang customer service.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 598,262 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen