Menjemput Jodoh Di Tempat Yang Elok. Kenapa?

 

Sudah tentunya kita sangat berharap agar kita dapat bertemu jodoh dengan orang yang baik. Tetapi, bagaimana untuk mendapatkan jodoh yang baik? Sebagaimana yang diwar-warkan kebanyakkan orang, jika nak pasangan baik, kena jadi orang baik dulu.

Begitu jualah keadaannya dengan diri kita. Untuk mendapatkan jodoh yang baik, perlu memperbaiki diri terlebih dahulu. Bersama-sama dengan orang yang baik dan positif. Maka kita akan bertemu juga jodoh dengan orang yang baik.

Semestinya untuk menjadi baik, kita perlu juga menjemput jodoh ditempat yang baik. Selalulah ke majlis-majlis ilmu, menyertai badan-badan kebajikan. Niatkan dalam masa berbuat amal tersebut, kita ingin juga mencari jodoh yang baik.



Bukankah dalam hadis pertama yang diajarkan kita tentang niat ada menyatakan, sekiranya seseorang berhijrah kerana wanita, itulah yang akan dia dapatkan. Tetapi. Janganlah pergi kesuatu tempat hanya semata-mata untuk mencari jodoh sahaja. Rugi.

Jika kita pergi belajar tapi niat telah perpesong, tiada gunanya juga. Jodoh dapat, tapi pelajaran terabai. Ilmu yang dipelajari langsung tidak letak di dalam diri.

Kebiasaannya begini. Orang yang baik, cenderung hatinya untuk berkunjung ke tempat yang baik. Orang yang kurang baik, cenderung juga ke tempat yang tidak sepatutnya. Jarang bukan “berlian ada di tempat pembuangan sampah.”


Sudah tentu apabila kita mendapat jodoh ditempat yang baik, perilaku dan akhlak mereka juga akan terjamin. Ialah. Permata kot. Tiada orang yang sesuka hati ingin membuang barang yang berharga.

Jadi, apa lagi. Kerapkanlah diri ke masjid-masjid untuk mendekatkan diri kepada Allah, sering ke majlis-majlis ilmu serta menyertai badan-badan kebajikan. Orang kata, “sambil menyelam, minum air.” Tak salah kan?

Mencari jodoh juga adalah perkara yang dituntut oleh Islam. Sekiranya kita tidak mendapatkan jodoh, orang lain boleh berinisiatif untuk mencari jodoh kepada kita. Jadi, tidak salahlah mencari jodoh dengan cara itu. Apapun, pastikan pergaulan terjaga apabila sudah mendapatkan jodoh yang sesuai. Barulah perkahwinan tersebut berkat nanti.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,658 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen