Cara Memaafkan Orang Yang Pernah Melukai Kita.

 

Memaafkan kesilapan orang lain terhadap kita bukan sesuatu yang mudah. Orang kata, maaf boleh. Tapi melupakan itu susah. Apapun, berusahalah dengan cara apapun agar kita dapat memaafkan orang yang pernah melukai dengan cara yang baik. Kerana dengan sikap pemaaf itu membuatkan kita hidup dengan lebih aman dan tenang.



1. Mendoakan kebaikan dia.

Tidak mengapalah dilukai sekalipun. Jika tak memaafkan, kita yang sakit hati. Daripada terus hidup macam tu, baik maafkan saja. Doakan semoga Allah memberikan hidayah kepadanya dan dia berubah kearah kebaikan dari masa ke semasa.

2. Mengingati kesilapan diri.

Kita tidak terlepas daripada melakukan dosa. Oleh itu, kenapa kita tidak boleh memaafkan orang lain. Sedangkan Allah yang maha agung pun boleh memaafkan kita ini, kita hamba yang hina ini apalah salahnya untuk memaafkan orang.

3. Membalas keburukan dengan kebaikan.

Payah. Tapi, cuba dengan sebaik mungkin. Dengan demikian anda akan lihat keajaiban yang berlaku. Lama kelamaan dia akan tunduk dan hormat kepada kita kerana berkat kesabaran yang ditampilkan itu.

4. Ingat mati.

Mengingati mati akan menjadikan kita insaf. Bayangkan sekiranya orang yang pernah kita buat salah kepadanya tidak memaafkan kita, sudah tentu kita sedih bukan? Oleh itu, maafkan saja kesilapan orang kepada kita.

5. Ingat ganjaran dan balasan Allah.

Jika kita bersabar dengan ketentuan tersebut, pasti dan pasti Allah akan memberi ganjaran pahala kepada kita. Biarlah Allah sahaja yang membalas perbuatan tersebut kepada dia, bukan kita terlebih dahulu membalaskan kejahatan itu.


Memaafkan orang menjadikan diri kita seorang yang hebat. Kerana menunjukkan kita seorang yang tabah, kuat dan berani menundukkan ego sendiri. Itu bukan hal yang senang untuk dilakukan bagi sebahagian orang. Jika mampu melakukan hal tersebut. Tahniah!


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 453,900 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen