Faktor-Faktor Yang Mendorong Pasangan Anda Menipu.

 

Perkara yang biasa kita tahu mengenai penipuan ini adalah mereka menipu demi kepentingan diri mereka sendiri. Di mana mereka yakin, apabila menipu hubungan mereka akan selamat dan tidak apa yang perlu dirisaukan. Itu adalah perkara umum yang kita tahu mengenai penipuan. Sebenarnya penipuan ini boleh terjadi dalam pelbagai situasi dan faktor. Boleh jadi juga, pasangan kita menipu kerana kita adalah punca utamanya. Kerana itulah mereka lebih memilih untuk menipu kita di samping menjaga hubungan dan keperluan sendiri.



Jadi apa yang mendorong seseorang itu untuk menipu? Ini dia lima faktor yang menyebabkan pasangan anda menipu anda.

1. Hubungan yang membosankan.

Apabila pasangan anda kantoi dalam memikat gadis lain, lalu si dia akan menipu anda demi menyelamatkan dirinya. Tahukah anda, bahawa hubungan yang membosankan anda dengan dirinya menyebabkan dirinya memilih orang lain untuk menyenangkan hati mereka serta memilih untuk menipu anda.

2. Lebih mengutamakan media sosial.

Jika dalam perhubungan itu saling mementingkan media sosial masing-masing. Tidak mustahil anda dan pasangan akan saling menipu. Menipu demi kepuasan masing-masing. Walaupun anda tahu perkara itu salah dan tidak perlu.

3. Hubungan yang penuh emosi.

Hubungan yang penuh emosi ini kadang kala membosankan. Jadi demi mengelakkan saling menyakiti. Penipuan adalah jalan terbaik untuk kekal bersama tanpa saling melukakan. Hal ini hanya bertujuan untuk menjernihkan hubungan dan mengakrabkan perhubungan.


4. Kurang perhatian.

Saling berbahagi perhatian itu penting dalam perhubungan. Ia adalah untuk mengelakkan rasa terabai dari kedua-dua belah pihak. Jadi penggunaan menipu adalah untuk kepentingan diri sendiri dan juga perhubungan.

5. Tiada pilihan lain.

Mungkin juga, anda dan pasangan tidak memiliki pilihan lain selain untuk menipu. Jika anda berterus terang, kemungkinan anda akan menyakiti dirinya yang setia di sisi anda. bagi anda pilihan menipu adalah yang terbaik untuk menyelamatkan hubungan.

Kesimpulannya, penipuan ini berlaku tidak hanya berpunca dari sebelah pihak sahaja. ia adalah berpunca daripada kedua-dua pihak. Jadi jika pasangan anda kantoi menipu, periksa dahulu dari mana datang kesalahan itu. Dari anda atau dirinya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,378 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen