Cari Calon Suami, Selidiki Ayahnya Dahulu. Kenapa?

 

“Looo. Apa pasal pula kena selidik ayah si lelaki pula? Bukan nak kahwin dengan ayah dia. Tapi nak kahwin dengan lelaki tu.”

Untuk mengenali karekter seorang lelaki, kita perlu menilai ayahnya bagaimana. Kerena karekter seorang anak sangat berkait rapat dengan karekter seorang ayah. Begitu jugalah untuk mengenali si dia yang anda ingin kahwini.

Jika faktor makanan saja boleh menjadikan seseorang mengikut cara pemakanan ibu bapa, apatah lagi dalam bab karekter. Sudah tentu banyak akan dipengaruhi oleh ibu bapa dalam membentuk anak-anak untuk menjadi seorang lelaki yang bermanfaat mahupun tidak.

Pendidikan dalam rumah tangga boleh membentuk karekter seseorang. Jika dalam rumah tangga tersebut sering mengamalkan pujian untuk anak-anak dan selalu ceria, maka ia membentuk keluarga yang sangat produktif dan cenderung menjadi orang yang hebat. Tetapi apabila keluarga tersebut suka mencaci maki, maka terjadilah keluarga yang kurang keyakinan diri, suka memberontak dan payah untuk menyayangi orang lain.

Ini terjadi kerana seorang anak akan mengambil contoh daripada orang terdekat untuk dijadikan panduan hidup. Sekiranya ayah si dia mempunyai karekter yang baik, kemungkinan besar si dia juga mempunyai karekter yang baik. Begitu jugalah jika sebaliknya.

Kesannya akan dilihat apabila sudah berumah tangga. Untuk menilai seseorang ketika sedang hangat bercinta adalah tidak patut. Kerena sewaktu ini banyak lakonan daripada realiti sebenar. Setelah berkahwin, kita akan menyedari seseorang itu pemarah, suka memberontak, kaki pukul dan sebagainya. Rupanya baru tahu bahawa dia terikut akan ayahnya. Jadi, untuk mengenali karekter si dia, sebaiknya teliti terlebih dahulu karekter ayahnya.

Tetapi, bagi sebahagian lelaki, setelah banyak menimba ilmu pengetahuan, mereka pandai menilai baik buruk sesuatu. Jadi, pengaruh dari karekter seorang ayah tidak akan diikutinya. Apabila mereka faham tentang agama, adab dan tingkah laku yang perlu dilakukan apabila bersama seorang wanita, mereka akan menghormati wanita tersebut.

Dalam sebuah hadis dinyatakan, untuk mencari pasangan, salah satu ciri yang perlu dilihat adalah keturunannya. Apabila dinilai keturunan tersebut terdiri daripada keturunan yang baik-baik, kemungkinan besar orang yang kita pilih juga terdiri daripada orang yang baik-baik.

Jadi, terpulang kepada anda untuk mengenali seseorang itu bagaimana. Asal tidak bersama dengan lelaki kaki pukul sudah. Banyak kes penceraian hari ini berpunca daripada lelaki yang tidak bertanggungjawab dan tidak prihatin kepada wanita. Maka, pilih elok-elok pasangan hidup. Kita bukan nak hidup dua tiga hari dengan lelaki tersebut. Pastinya kita mahu hidup berkekalan dengannya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,364 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen