Kenapa Tak Boleh Kahwin Kontrak?

 

Meletakkan tempoh untuk sesuatu perkahwinan adalah tidak dibolehkan dalam Islam. Ini sangat bercanggah dengan ajaran agama yang sebenar walaupun mengikut rukun dan syarat nikah. Kahwin kontrak juga dikenali dengan nikah mut’ah yang telah lama dilakukan oleh golongan Syiah. Tentunya apabila Islam melarang, ada sebab-sebab tertentu pelarangan tersebut. Antaranya:



1. Sama macam pelacuran.

Umpamanya, seseorang memberikan wang. Diberi tempoh tertentu untuk bersama dan kemudian berpisah. Jadi, apa perbezaaanya dengan zina atau pelacuran? Sama bukan? Jelas juga disini zina adalah perkara haram yang tidak dibenarkan dalam Islam meskipun seorang wanita ingin melangsungkan kehidupan dan mendapatkan wang.

2. Tiada tanggungjawab seorang lelaki.

Senanglah hidup seorang lelaki. Nak, kahwin. Tak nak, tinggal. Wanita adalah amanah untuk lelaki, bukan untuk dipermainkan. Islam sangat menjaga wanita. Sebab itu kita perlu mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Jika dikaji, baru kita akan faham sebab-sebab disyariatkan sesuatu perkara.

3. Hanya untuk memuaskan hawa nafsu.

Kesian hidup seorang wanita jika perkara ini berterusan. Wanita hanya dijadikan untuk melempias hawa nafsu seorang lelaki. Berbanding hukum Islam yang sebenar yang sangat menjaga hal ini dengan memberi pasangan tersebut berkahwin dengan cara yang benar tanpa menetapkan tempoh masa tertentu.

4. Tidak menjaga keturunan.

Jika sebuah pasangan berkahwin, maka kita dapat menjaga hak penjagaan anak, isteri dan keluarga. Sekiranya perkahwinan tidak dilaksanakan dengan betul, maka teraniayalah anak dan wanita tersebut. perwarisan harta pun tak dapat.


Islam itu cantik. Sudah tentunya semua perkara yang ditetapkan mempunyai sebab tertentu yang mungkin tidak terfikir difikiran kita. Oleh itu, rujuk hal-hal yang berkait dengan Islam dengan orang yang boleh dipercayai dan mengamalkan cara hidup Islam dengan sempurna.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,931 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen