Tanda-Tanda Teman Lelaki Menghormati Anda.

 

Bagi wanita, zaman sekarang memang sukar untuk mencari lelaki yang mampu untuk menghormati diri mereka. Bukan semata-mata untuk menjaga maruah dan fizikal, tetapi juga mental atau emosi.



Wanita tidak meminta untuk menjadi terlebih emosi kerana ia adalah perubahan hormon yang kadang-kala terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Ingat tu!

Jadi, bagaimana untuk mengetahui teman lelaki anda mengormati anda atau tidak, jom baca!

1. Si dia sering bertanya tentang pendapat anda. Sebelum melakukan sesuatu, pasti si dia akan mendengar pendapat anda dahulu, ini kerana anda adalah salah seorang, orang-orang yang penting dalam hidup mereka.



2. Si dia menghormati tanggung jawab anda. Tanggung jawab anda sebagai anak kepada kedua ibu bapa, adik-beradik, dan sebagai pekerja. Atau jika anda masih belajar, si dia memahami anda sebagai pelajar perlukan masa untuk membuat assignment.

3. Si dia tidak cemburu sekiranya anda keluar tanpa mereka atau dengan kawan lelaki yang lain. Jika si dia tahu anda keluar dengan mana-mana lelaki, si dia akan bertanya siapa kah gerangan lelaki tersebut dan tidak menuduh dengan melulu.

4. Si dia sentiasa berkongsi cerita, walaupun si dia tahu jawapan yang diberi bakal ditolak. Ini kerana, mereka mahu kan jawapan daripada berlainan perspektif dan mampu berfikiran terbuka.



5. Si dia sentiasa menyebelahi anda. Anda belum lagi menjadi isteri si dia, tetapi jika terdapat perbalahan si dia pasti tidak akan melukakan hati anda sebagai wanita.

6. Si dia tidak menghiraukan anda. Jika si dia menghormati anda, pasti si dia tidak akan membiarkan anda terkontang-kanting keseorangan.

7. Si dia menggalakkan anda untuk mengambil risiko tidak kira dalam apa jua keputusan, kerana si dia menghormati pendapat anda dan mahu melihat anda berjaya.



8. Si dia tidak suka anda berteka-teki kerana harapan palsu pasti akan menyakitkan perasaan dan hati.

9. Si dia jujur dengan anda kerana tiada motif untuk si dia tidak jujur pada anda.

10. Si dia menghormati pendapat anda tidak kira sama ada positif mahu pun negatif, kerana si dia bijak menilai mana yang baik atau buruk.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,662 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen