Lima Perkara Yang Diperhatikan Lelaki Secara Senyap Bila Berhadapan Dengan Seorang Wanita.

 

Ramai wanita tertanya-tanya apa yang lelaki akan lihat pada diri mereka apabila melalui di hadapan kaum lelaki ini. Ada yang menyatakan bahawa lelaki itu tidak melihat sesuatu yang berada di luaran tetapi melihat sesuatu yang tidak difikirkan oleh seorang wanita. Biasanya ia berada di luar kotak pemikiran kaum wanita itu. Sangat beruntung jika dapat tahu perkara yang akan diperhatikan oleh kaum lelaki tanpa disedari. Hal ini kerana, ia boleh digunakan untuk memikat atau mencuit hati mereka.



Ini dia perkara yang tidak penah difikirkan oleh wanita tetapi diperhatikan oleh kaum lelaki tanpa disedari.

1. Senyuman.

Apabila berkaitan dengan senyuman, ia bukan lah berkaitan dengan senyuman yang menggoda para lelaki. Tetapi lelaki lebih memerhatikan senyuman yang lebih ikhlas bila dikeluarkan. Bermaksud tidak ada yang disembunyikan dalam senyuman itu. Dan ia juga bermaksud seseorang itu tidak mendekatinya kerana mempunyai agenda.

2. Cara pemakaian.

Gaya pemakaian juga turut dilihat, di mana ia mungkin agak keterlaluan di mata lelaki atau pun tidak. Namun ia bukan hanya gaya tetapi pemilihan warna juga akan diperhatikan lelaki itu. Pemilihan warna-warna garang, lembut dan gelap akan menggambarkan personaliti anda. Jadi kaum lelaki mudah untuk menangkap anda adalah wanita yang bagaimana.

3. Ekspresi wajah.

Selain senyuman di wajah, ekspresi wajah juga turut diperhatikan. Di mana ketika anda tidak bercakap, bagaimana ekspresi anda pada ketika itu. Adakah kelihatan sesuatu yang menyenangkan dan menarik atau kelihatan sedikit berlagak serta menyampah. Jadi dari sini juga mereka akan menilai, anda bagaimana orangnya.


4. Makanan atau minuman.

Apabila berjumpa seseorang wanita di restoran ataupun kedai makan, mereka akan menilai makanan dan minuman anda. Mungkin dari segi harga ataupun kuantiti. Tidak pun mereka ingin tahu apa makanan dan minuman yang anda gemar dan tidak gemar. Dari sini juga anda boleh dinilai adakah seorang yang jimat ataupun tidak.

5. Cara berjalan.

Tidak lupa juga gaya berjalan anda turut diperhatikan. Adakah jalan anda berkeyakinan atau pun tidak. Dan mata anda memandang ke mana apabila berjalan. Tunduk ke bawah ke melihat sekeliling. Ini juga akan diperhatikan mereka sebelum untuk mendekati anda.

Jadi sebelum anda hendak keluar rumah, persiapkan diri anda seeloknya untuk menjadi perhatian lelaki. Mengenakan pakaian dan senyuman yang sesuai apabila berhadapan dengan mereka ini. Dan tidak lupa juga untuk menjaga cara berjalan apabila berhadapan dengan mereka ini. Ia bukan kerana apa, tetapi adalah untuk ada mendapat nilaian yang terbaik di mata mereka.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,473 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen