10 Cara Untuk Elakkan Perceraian.

 

Tiada pasangan yang mahukan perceraian, tetapi jika ia telah memudaratkan hubungan sudah tentu cerai adalah salah satu keputusan yang perlu dibuat. Memudaratkan yang bagaimana? Antaranya, di dera sehingga tertekan mental dan fizikal.



Jadi, bagaimana anda dan pasangan mahu mengelakkan perceraian berlaku, jom baca cara-caranya di bawah!

1. Anda berdua harus saling menghormati antara satu sama lain. Si isteri perlu menghormati si suami sebagai ketua keluarga, dan si suami perlu menghormati si isteri sebagai teman hidup bukan sebagai orang gaji.



2. Anda berdua jangan membandingkan pekerjaan dan pendapatan. Jika anda berdua hanya berkahwin kerana harta, ia sentiasa tidak akan cukup dan anda tidak akan bahagia.

3. Bukan sahaja si isteri perlu menjaga penampilan diri, si suami juga perlu menjaga diri sendiri supaya tidak digoda wanita lain. Jika mahu isteri menjadi wanita yang cantik, berikan mereka belanja untuk memanjakan diri.

4. Jangan melebih-lebihkan anak dan hanya menguruskan hal anak sehingga terlupa yang anda mempunyai suami atau isteri untuk dijaga.



5. Jika berlaku pergaduhan, meminta maaf dan jangan biarkan konflik berpanjangan. Jangan fikir siapa yang membuat salah harus memujuk, tetapi saling memujuk antara satu sama lain.

6. Jangan sesekali mencuba untuk mengubah lahiriah pasangan kerana jika ia berlaku secara terpaksa, berkemungkinan besar si dia akan rimas dan akan cuba untuk menjauhkan diri daripada anda.

7. Jangan sesekali terfikir untuk mengungkapkan kata cerai. Asal kalian bergaduh sahaja, perkataan cerai pasti akan difikirkan. Jangan! Cuba jernihkan keadaan selagi mampu.



8. Wahai wanita, kawal emosi, kawal mulut anda. Jangan memaksa si suami untuk mengungkapkan kata cerai!

9. Masing-masing jangan memburukkan pasangan pada sahabat mahupun keluarga, tolong jaga aib pasangan anda. Khuatir akan ada orang ketiga untuk menjadi batu api dan menghancurkan hubungan kalian.

10. Dan yang paling penting, pasangan perlu memahami bahasa cinta masing-masing. Jika anda katakan “143” pada pasangan, sudah tentu mereka terpinga-pinga. Cukup anda meluahkan “I love you” sahaja.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 332,896 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen