7 Cara Merawat Kewangan Yang Tenat.

 

Ada simptom-simptom berikut?

Gaji besar tetapi tak pernah cukup?

Pengurusan kewangan kelaut? Hancur? Barai? Rabak?


Segala jenis hutang dah bela?




Simpanan setiap bulan langsung zero?


Banyak resit daripada duit dalam dompet?


Tak cukup duit nak bayar hutang PTPTN?

Itu tandanya kewangan korang sedang tenat dan patut masuk ICU. Ada orang gaji RM4 ribu, nak beli sebuah rumah pun tak lepas sebab terbeban dengan hutang. Tapi ada yang bergaji RM2 ribu boleh beli empat buah rumah. Jom kita ikuti tips yang diolah daripada posting Amir Syahir berkenaan 7 Cara Untuk Membaiki Kewangan Yang Tenat.

1. Turunkan taraf hidup.

Kalau sebelum ini, setiap awal bulan dapat gaji mesti ketuk pintu restoran Nandoz, Kenni Rogers, Pizza Hat, lepas ni kurangkan. Boleh makan, tak berdosa tapi janganlah sampai lupa nak menyimpan dan bayar hutang. Jadi, berubahlah. Tahan sikit godaan nak minum air kopi mahal tu. Minum air masak hilang juga dahaga.



2. Tahan nafsu berbelanja.

Ada jenis orang akan menggelupur setiap kali ternampak perkataan SALE 70% atau 80%. Macam alergik. Lebih-lebih lagi kalau iklan jualan murah tu melintas dekat timeline Facebook. Walaupun tak ada duit, tapi nak juga beli. Rugi tak beli masa harga promosi katanya. Kad kredit menjadi mangsa. Lepas beli, mula lah rasa menyesal sebab benda yang sama dah pernah beli sebelum ni. Jadi, lain kali fikir dulu sebelum klik BUY NOW.

3. Potongan gaji.

Bila simpan duit dalam bank, senang nak keluarkan balik. Baik buat potongan gaji ke Tabung Haji ataupun ASB. Bank akan potong siap-siap daripada akaun bank sebagai 'force saving'. Jadi, selebihnya boleh buat belanja.



4. Pendapatan sampingan.

Cari jalan tambahkan pendapatan. Zaman dah berubah. Rebut manfaat daripada ekonomi digital. Kalau tak nak jual barang boleh beri servis secara online. Kalau tahu sikit-sikit guna komputer serta berbakat menulis, menterjemah atau menaip banyak platform yang boleh kita cuba. Contohnya program inisiatif dari MDEC. Kerja part time komen di Facebook pun ada! Pusat eRezeki adalah pusat fizikal, yang menyediakan bantuan yang diperlukan kepada mereka yang nak turut serta dalam program ini. Semak senarai wakil eRezeki yang dibuka kepada orang awam di . Kalau jenis tak boleh duduk diam boleh cuba jadi pemandu Uber atau . Kerajaan pun dah kasi green light. Berhenti mengeluh tapi keluarlah peluh demi menambahkan pendapatan sampingan.

5. Buat bajet & ikut.

Rangka bajet, tulis dan ikut. Tulis apa yang ingin dibelanjakan dan yang lebih penting lagi, patuhi bajet yang telah dibuat. Kau perlu berdisiplin dalam berbelanja. Membuat bajet adalah langkah yang sangat penting.

6. Berhenti buat hutang baru.

Berhenti buat hutang baru. Jika dah ada hutang kad kredit RM15K, jangan pula buat hutang peribadi untuk langsaikan kad kredit tu. Gali lubang tutup lubang bukan caranya. Jangan bertangguh bayar hutang. Rosak CCRIS nanti.



7. Jangan ikut syaitan.

Jauhkan diri daripada sifat membazir. Amalan syaitan tu. Bezakan antara barang-barang keperluan dan kehendak. Gaji bawah RM3K kenapa nak pakai kereta import. Pakai kereta tempatan sudah. Masa beli tu beringat sama duit belanja untuk maintenance. Telefon tu selagi dia hidup tak perlu tukar baru. Tak guna telefon baru tapi bila bank telefon takut nak angkat. Guna sampai habis, pakai sampai rosak. Anak muda biasanya ada hutang kad kredit dan pembiayaan peribadi. Jenis yang sanggup buat pembiayaan peribadi ni biasanya untuk dijadikan modal skim cepat kaya. Tengok-tengok melingkup. Padan muka. Masa muda gilakan kereta import, tukar sport rim, tukar seat driver. Tiap bulan dapat gaji mesti pergi travel. Siap beli GoPro, DSLR bagai. Nak kahwin berhutang, nak beli kereta import RM80K pun berhutang. Lepas tu, bila masa nak simpan duit? Macam mana nak beli rumah nanti? Lepas tu marahkan orang lain yang mampu beli rumah banyak-banyak.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,000 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen