Empat Punca Wanita Takut Untuk Berkahwin.

 

Wanita dilahirkan sebagai seorang yang begitu lembut dan sensitif. Hatinya mudah terusik walaupun di luarnya mereka ini kelihatan tabah dan kuat. Mungkin ada yang dilahirkan agar kasar tingkah lakunya, tetapi pada zahirnya ia masih sama dan miliki keperibadian yang lembut serta sensitif. Rata-rata wanita agak takut untuk mendirikan rumah tangga. Terutama sekali selepas membaca pelbagai kisah-kisah rumah tangga.



Wanita yang lebih memilih untuk hidup sendiri ini biasanya mempunyai ketakutan dalam diri mereka. Antara ketakutan itu adalah datang dari lelaki yang bakal mereka kahwini.

1. Dapat suami baran.

Mereka ini takut untuk mendapat suami yang baran. Yang mana lelaki ini tidak boleh anda silapnya. Apabila silap sahaja pasti isteri mereka ini akan teruk dimarahi sehingga si isteri hilang keyakinan diri lalu mengalami masalah kemurungan. Tetapi suaminya masih tidak ambil tahu tentang dirinya.

2. Dapat suami malas.

Ini juga salah satu ketakutan wanita, ada sahaja lelaki yang ingin menikahi seseorang wanita hanya kerana wanita itu berkerjaya, dan suaminya hanya mahu menumpang senang dan segala keperluan di tanggung oleh isteri. Walhal niat, si isteri berkahwin adalah untuk berkongsi susah senang bersama-sama, tapi lain pula jadinya.


3. Dapat suami kaki perempuan.

Apabila dapat kekasih yang kaki perempuan sudah memeningkan kepala. Apatah lagi dapat suami kaki pukul. Pasti lagi memeningkan kepala. Wanita tidak mahu hak mereka ini dikongsi terutama orang yang mereka sayang. Sedangkan ramai yang menolak poligami kerana takut dilukai. Ini kan pula berkongsi suami dengan wanita yang bukan isteri suaminya.

4. Dapat suami kaki pukul.

Memiliki suami seorang kaki pukul juga begitu menakutkan. Mereka ini juga tidak boleh menerima silap. Kalau silap sedikit sahaja, pasti badan-badan mereka akan lebam. Kalau sehari dua mungkin boleh tahan tapi kalau makan bertahun mana ada yang sanggup tahan dalam pernikahan sebegitu.

Kesimpulannya, wanita-wanita yang memilih untuk berkahwin lambat ini masih mencari lelaki yang betul-betul mereka percaya. Di mana mereka tahu lelaki itu tidak akan melukakan hati dan perasaannya. Malah menjaga mereka dengan sepenuh jiwa raga serta belaian yang cukup ketika mereka perlukan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,490 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen