Kahwin Campur Dan Kebaikannya.

 

وَمِنْ آيَاتِهِ خَلْقُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافُ أَلْسِنَتِكُمْ وَأَلْوَانِكُمْ ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِلْعَالِمِينَ

Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit, bumi, berlainan bahasa dan warna kulit. Sesungguhnya pada yang demikan itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui.

[Ar-Rum: 22]


Apabila diteliti dengan sebaik mungkin, banyak kelebihan apabila kita kahwin campur. Islam juga sangat menggalakkan kita agar berkahwin dengan bangsa, kaum, suku, negeri, negara yang berbeza. Salah satunya adalah untuk mengembangkan lagi agama Islam sepertimana pendakwah-pendakwah terdahulu melakukannya. Selain itu, terdapat juga kelebihan-kelebihan lain. Iaitu:

1. Saling kenal mengenali.

Dengan berkahwin campur, kita dapat mengenali perbezaan cara hidup sesebuah masyarakat. Perbezaan tersebut memberi pengalaman baru dan membolehkan kita mengenali lebih ramai kawan.

2. Anak-anak pandai dan kuat.

Perbezaan genetik membolehkan sebuah pasangan memperolehi anak yang bijak pandai. Daya ketahanan untuk melawan penyakit juga kuat. Tetapi perlulah dipastikan bahawa mereka tidak mempunyai penyakit keturunan.

3. Anak-anak handsome dan cantik.

Sudah tentunya apabila kita mendapat pasangan yang mempunyai rupa paras yang elok, kemungkinan untuk mendapatkan anak yang handsome dan cantik juga tinggi. Tapi, bila rupa anak biasa-biasa saja, janganlah dihina. Mana tahu dia mempunyai kelebihan lain. Dia juga makhluk Allah kan?

4. Mengembangkan agama Islam.

Apabila kita mempunyai prinsip dan pegangan agama yang baik, kita mampu membawa nama Islam di mana saja kita berada. Meskipun berada jauh dari kebanyakkan orang, kita masih lagi boleh berpegang pada agama Islam dan menyebarkan agama Islam dengan sebaik mungkin.


Apapun, terima sajalah jika mendapat pasangan yang bagaimana sekalipun. Kerana sudah semestinya Allah memberi kita pasangan yang selayaknya buat kita. Pastinya juga dia adalah pasangan yang terbaik yang telah diberikan Allah.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,317 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen