Empat Sebab Jangan Musnahkan Kerjaya Anda Demi Kekasih Anda.

 

Wanita selalunya banyak berkorban dalam perhubungan. Tidak kira lah di alam percintaan atau pun perkahwinan. Jika mereka sudah bernikah, mereka akan mengorbankan kerjaya mereka demi keluarga mereka. Sebagai contoh menjaga anak di rumah serta menjadi suri rumah sepenuh masa. Itu tidak mengapa kerana ia adalah salah satu tanggungjawab isteri untuk meringankan beban si suami. Tetapi berlainan pula dengan wanita yang baru sahaja menjalinkan hubungan percintaan tetapi sudah berani memusnahkan kerjayanya demi kekasih hatinya.



Sebelum anda mengambil langkah untuk melepaskan kerjaya anda, empat perkara anda perlu tahu dan sebelum menyesali perbuatan itu.

1. Tidak kekal.

Anda baru sahaja di alam percintaan bukannya di alam pernikahan. Jadi anda masih belum tahu sejauh mana perhubungan anda dengan dirinya. Jika hubungan anda putus di tengah jalan dan anda baru sahaja melepaskan kerjaya yang menyenangkan kewangan anda pasti anda akan menyesalinya di kemudian hari.

2. Fikirkan ibu bapa anda.

Sebelum membuat keputusan, fikirkan kedua orang tua anda. Tidak akan selepas anda kehilangan kerjaya dan pasangan anda akan mula meminta bantuannya kembali. Mereka ini pasti mempunyai tanggungan lain. Dan berharap anda dapat membantu mereka serba sedikit.

3. Akan ditindas.

Kalau pun anda dan dirinya masih lagi menjalinkan hubungan, pasti anda akan mula tertindas akan kelakuannya. Mengapa? kerana kewangan akan menyebabkan anda bertengkar dengannya. Dan ia akan berlanjutan dari hari ke hari.


4. Sukar mencari pekerjaan.

Jika anda baru sahaja melepaskan satu pekerjaan, anda kemungkinan sukar untuk mencari pekerjaan baru. Di samping itu juga, pekerjaan baru juga kemungkinan akan tidak selesa seperti dahulu. Jadi akan mengalami tekanan yang tidak stabil yang boleh mengganggu perhubungan anda.

Anda seharusnya membiarkan hubungan anda dan kerjaya anda bergerak sekali. Jangan membiarkan salah satunya menguasai antara satu sama lain. Kerana ia akan membebankan diri anda. Jika anda pandai mengimbangkan, pasti anda akan lebih bahagia.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 345,424 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen