Kelebihan Berkahwin Dengan Orang Jauh.

 

“Alahai. Dapat orang jauh pula. Macam mana ni? Mesti banyak masalah nanti.”

Relaks. Semua perkara kan boleh selesai. Yang penting, apa saja yang berlaku kita perlu berfikiran positif. Takkanlah sebab jauh, terus tak jadi kahwin. Tak sayang ke pasangan tu? Semua yang berlaku pasti ada hikmah kan? Jadi, jom kita teliti apa yang best sangat bila dapat berkahwin dengan orang jauh ni.



1. Merasa pengalaman balik kampung.

Bila duduk jauh-jauh, barulah ada feel balik kampung kan? “ooo…ooo…ooo… Balik kampung.” Eh! Sorry. Ternyanyi. Hehe Tiba-tiba pula terbayang anak-anak balik sekali, mesti kecoh punya. Seronok je. Cuba bayang kalau duduk dekat-dekat, baru selangkah kaki jejak je terus sampai rumah. Hehe nak buat macam mana, jodoh sebelah rumah je.

2. Merasa budaya yang berbeza.

Dah kahwin dengan orang jauh, pastinya mempunyai pelbagai perbezaan. Misalnya bahasa, budaya, adat. Semua itu akan menjadi pengalaman baru dan menarik yang mungkin tiada didapati di kampung kita sendiri.

3. Mendapat kenalan baru.

Confirmlah kalau kalau dengan orang jauh, ramai kenalan baru. Tak kiralah saudara mara, jiran dan rakan-rakan. Mana tahu dapat rakan bisnes baru dekat kampung pasangan. Syok juga. Boleh tambah jaringan pasaran bisnes.

4. Genetik baik.

Kemungkinan besar untuk bertemu jodoh dengan kerabat sendiri tidak akan berlaku. Banyak kajian yang menyatakan bahawa kahwin dengan campur ni baik. Jadi, baguslah kalau dapat jodoh dengan orang jauh. Mana tahu semua anak pandai-pandai nanti. Kan? Amin.


Bab jodoh ni tak boleh ambil kisah sangat. Dah jodoh, nak buat macam mana. Kita elak-elak pun, kadang terkena juga yang jauh. Apapun, bila berkahwin dengan orang jauh, perlu banyak tolak ansur dan sabar. Kalau nak balik kampung, berbincang terlebih dahulu. Lagi bagus kalau boleh buat jadual. Cuti balik kampung, dua-dua adil. Barulah syok hidup berumah tangga. Kan?


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,275 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen