Antara 10 Sebab Kenapa ‘Crush’ Hanya Menyeksa Diri Anda Sahaja.

 

Di kalangan anak muda remaja sekarang, asyik benar mereka dengan hanya meminati seseorang tanpa menunggu cinta di balas. Mereka seolah-olah tidak mahu meluahkan perasaan, kerana bimbang jika ia memalukan dan membuat hati dan perasaan terluka.



Tahukah anda, apabila anda mula meminati seseorang dalam senyap tanpa meluahkan, ia adalah perkara yang paling menyakitkan malah terseksa. Jom ketahui sebab-sebab di bawah.

1. Umur anda sudah pun berganjak pada 20-an dan mungkin lewat 20-an, tetapi diri anda masih lagi memikir tentang crush, sedangkan insan lain sudah berjaya memiliki kerjaya tetap, pendapatan sendiri mahupun harta. Malah dapat membanggakan ibu bapa mereka, tetapi anda? Masih dengan crush?



2. Anda sentiasa menanti crush di mana sahaja, tetapi jika terlihat bayangan mereka, anda seperti resah dan tidak dapat duduk diam tetapi anda perlu menjadi tidak sedar dengan kehadiran mereka. Hah?

3. Apabila si dia melihat anda dan tersenyum, anda pula tertanya-tanya adakah mereka sedar dengan kehadiran anda? Adakah anda wujud di mata mereka? Wow! Anda tiba-tiba berasa teruja.

4. Apabila anda cuba untuk menarik perhatian mereka, seperti senyum atau pertama kali mahu menegur, situasi menjadi sangat kekok dan anda sendiri tidak tahu apa yang telah anda lakukan.



5. Anda melihat profile mereka di facebook, instagram, twitter dan sedaya upaya untuk mencari nombor telefon mereka. Malah anda seolah-olah menjadi stalker atau detektif terhebat di dunia, kerana sekali gus dapat mengetahui kisah silam hidup mereka.

6. Apabila kita meminati seseorang, secara normal otak kita sentiasa memikirkan tentang mereka dan mahu menceritakan segalanya pada rakan. Anda dapat merasakan, anda seorang yang sangat menyedihkan kerana hanya terfikir tentang seseorang yang tidak pernah fikirkan tentang anda.

7. Apabila terserempak dengan crush, rakan baik anda seolah-olah mahu menunjukkan crush sedang memandang anda atau menuju ke arah anda. Tetapi situasi itu akhirnya memalukan diri anda sahaja.



8. Apabila anda sedang berbual dengan crush, tangan anda berpeluh dan anda seperti tidak boleh berdiri dengan tenang hanya dengan menatap mata mereka. Ia seperti bukan yang anda jangkakan, kerana anda mahu berlagak okay di depan mereka, tetapi hampa.

9. Anda memuat naik gambar atau status di sosial media hanya untuk menarik perhatian crush anda sahaja. Dan anda mahu kan ‘like’ atau komen daripada mereka.

10. Apabila anda mahu berbual dengan mereka, anda mahu kelihatan tenang, tetapi senyuman anda kelihatan sangat kekok dan menakutkan. Errrr…



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 407,654 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen